Sempena Hari Arafah, Kongsi Kebahagiaan Buat Golongan Asnaf Melalui Pek Qurban!

(Semoga asbab kongsi rezeki ini, Allah murahkan rezeki anda untuk laksanakan Qurban Kelak)

“Tahniah MyFundAction….” – Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri


Kenapa Kempen Pek Qurban Ini Dibuat?


Syukur! Tahun ini sekali lagi MyFundAction melancarkan kempen “Pek Qurban” di mana sasaran utama kami adalah untuk:

1) Peluang Hadirkan Kebahagiaan Dengan Berkongsi Rezeki

Antara nikmat terbesar di bulan Zulhijjah adalah dengan beramal pada 10 hari terawal.

Bak kata ulama, ianya lebih utama dari 10 hari terakhir Ramadan. Jadi, rugi jika kita terlepas peluang perbanyakkan kongsi rezeki bersama golongan susah.

2) Bantu Golongan Susah Dalam & Luar Negara

Sasaran kami agar pek qurban ini dapat dikongsi bersama saudara susah di seluruh Malaysia.

Serta di beberapa negara miskin seperti Afrika, Syria & Indonesia bagi mengatasi isu kebuluran & salurkan stok bekalan makanan secara berterusan.

3) Memudahkan Agihan Kepada Mangsa Bencana

Bagi mengurangkan risiko mangsa-mangsa bencana makan makanan terdedah dan cepat basi.

Pek qurban ini amat membantu, di mana agihan dapat dijalankan dengan lebih pantas, cepat dan bersih.

4) Elakkan Pembaziran Daging Qurban

Salah satu “big why” inovasi pek qurban ini dilancarkan adalah untuk mengelakkan lambakan daging korban yang terbiar.

Di samping menyambut baik, rintihan dari golongan susah yang tiada peti sejuk untuk menyimpan daging qurban.


Ini “Feedback” Peserta Pek Qurban, Dengarkan..


Ini Proses Untuk Hasilkan Pek Qurban MyFundAction


Kami Sasarkan Sebanyak 175,000 Pek Qurban Untuk Diagihkan Tahun Ini!

Hasrat kami pada tahun ini, adalah untuk membantu lebih ramai golongan susah dan kurang berkemampuan menikmati juadah daging.

Hakikatnya, masih ramai saudara kita di luar sana yang menanti musim raya haji ini semata-mata nak rasa nikmat makan daging.

Sebab itu, kami berusaha keras bagi memastikan sasaran yang ditetapkan tercapai. Namun begitu, kami sangat perlukan sokongan dari anda semua bagi menjayakan misi ini.


“Liputan Media” Bukti Agihan Disampaikan!


Jom Pilih Pakej Pilihan Anda Sekarang

**Makluman: Bagi mereka yang mengambil pakej 30 pek ke atas, kami akan hantar pek Qurban sedia dimakan ke rumah anda.

10 Pek Qurban (RM150)
• Potongan cukai
• E-book doa

30 Pek Qurban (RM450)
• 3 pek Qurban**
• Potongan cukai
• Hadiah Khas Telekung Duck

100 Pek Qurban (RM1500)
• 5 pek Qurban**
• Potongan cukai
• Hadiah Khas Telekung Duck
• Jemputan Kempen Korban

Kami dahulukan ucapan jutaan terima kasih. InsyaAllah, hasil rezeki yang anda kongsikan ini akan memberi beribu manfaat buat saudara memerlukan.

Allah Merahmati Orang Yang Belanjakan Harta Ke Jalan Allah

Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka dijalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan setiap tangkai terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya.

(Surah Al-Baqarah: 261)