“Ya Allah, Berkatilah kami di bulan Ramadan dan rezekikan kami untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.”
Sebagai usaha dan ikhtiar kita dalam menjadi muslim yang baik serta prihatin terhadap kesusahan umat Islam di luar sana, kami ingin meminta kebenaran tuan/puan dengan menghantar kiriman SMS di setiap malam ganjil untuk memudahkan tuan/puan berkongsi rezeki.
Siapa tahu asbab perkongsian rezeki tuan/puan, rupanya ia jatuh pada malam 1,000 bulan ini. Moga segala amalan kita semua diterima di sisi-Nya.
Namun begitu, sekiranya mesej yang diterima mengganggu, dan tuan/puan TIDAK BERMINAT untuk menerima sebarang kiriman lagi, boleh isi nama dan nombor telefon di bawah.
Berdaftar di bawah nama Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) dengan nombor pendaftaran PPM-006-14-07052014. Registrar of Societies di bawah Kementerian Dalam Negeri.
10 %. Boleh refer article of transparency di bawah untuk penjelasan lebih lanjut. Bagi kempen seperti kutipan bagi saudara di Palestin, MyFundAction menyerahkan 100% dana tanpa sebarang ambilan peratus.
MyFundAction diaudit setiap tahun semenjak tahun penubuhannya, 2014. Bagi menjamin ketelusan, kami melantik auditor luaran yang bertauliah dalam urusan audit kami setiap tahun.
Rujuk artikel untuk tahu bagaimana sesebuah kempen beroperasi menggunakan hasil bantuan anda:
Untuk mengikuti perkembangan terkini kempen yang anda bantu, anda boleh terus merujuk di akaun media sosial MyFundAction, laman sesawang utama www.myfundaction.org atau hubungi pegawai perhubungan awam kami.
Ya, anda layak mendapat pengurangan cukai bagi setiap perkongsian rezeki projek-projek MyFundAction yang berjalan di dalam negara sahaja.
Kami juga telah mendapat pengesahan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri semenjak 2021.