Maulidur Rasul: Ayuh Teruskan Perjuangan Dakwah Rasulullah SAW Di Jepun!
Sudah ramai saudara kita di Jepun meninggalkan Islam kerana kurang bimbingan. Mereka perlukan sokongan dan bimbingan kita untuk terus istiqamah!
[give_form id=”896″ show_title=”false” show_goal=”true” show_content=”false” display_style=”modal” continue_button_title=”Wakaf Sekarang”]
[give_form id=”899″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Wakaf Setiap Jumaat”]
Alhamdulillah, semakin hari, semakin ramai penduduk di Jepun memeluk agama Islam.
Kesan dari itu kita boleh lihat lebih banyak masjid, aktiviti dakwah giat dilakukan di negara matahari terbit ini bagi terus mengembangkan agama Islam.
Namun, disebalik jumlah saudara Muslim baru yang kian ramai di Jepun, ada juga segelintir yang tersasar keluar dari Islam & kembali murtad kepada agama asal mereka.
Selain itu, Muslim di Jepun juga menggunakan Al Quran terjemahan untuk belajar Islam.
Namun harga Al Quran terjemahan di Jepun amat mahal. Dengan harga RM 188 senaskah, bukan semua orang mampu untuk membeli Al Quran terjemahan tersebut.
Saudara Muslim baru di Jepun perlukan bimbingan & sokongan
Disebabkan Islam adalah agama minoriti di Jepun, dana untuk memperkembangkan Islam perlu disediakan sendiri oleh pihak komuniti Muslim di Jepun.
Oleh itu, Komuniti Islam di Jepun memerlukan lebih banyak bantuan dari pihak luar bagi menyokong usaha dakwah mereka untuk menarik minat lebih ramai lagi orang Jepun memeluk Islam kelak.
Hikari Box – Kit bimbingan buat para saudara baru Jepun
Bagi menyokong komuniti Islam di Jepun, MyFundAction telah bekerjasama untuk menyediakan Hikari Box (Hikari bermaksud cahaya), untuk diberikan kepada para saudara baru & masyarakat Jepun yang berminat untuk mengenali Islam.
Setiap Al Quran yang diagihkan adalah dalam bahasa Arab dengan terjemahan bahasa Jepun, yang mana dicetak terus di Malaysia & Arab Saudi.
Peluang wakaf Hikari Box buat bekalan rohani Muslim Jepun
Untuk membuka peluang kepada anda dalam misi dakwah ini, kami juga membuka peluang untuk anda berwakaf pengagihan Hikari Box ini hanya RM 30/bahagian.
Sasaran kesuluruhan kami untuk projek ini adalah sebanyak 1,136 kotak Hikari Box, bersamaan 6,667 slot wakaf saja.
Wakaf amal jariah paling afdal sebagai hadiah kepada yang tersayang
Dengan peluang yang ada ini, marilah kita wakaf sambil menjayakan misi dakwah kepada masyarakat Jepun ini.
Niatlah wakaf anda atas nama:
Ibu bapa tercinta yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia
Keluarga: Isteri, anak, adik beradik
Kenalan: Mereka yang kita berhutang tetapi terputus hubungan, mereka yang pernah berbuat baik sebagai membalas jasa.
Semoga wakaf ini menjadi pembela untuk kita ke syurga di akhirat kelak.
Bagaimana ingin berwakaf?
Anda boleh pilih pakej di bawah untuk taja bantuan buat keluarga yang dibantu melalui program Hikari Box.
Kongsi Kebaikan Juga Satu Pahala
Bantu kami sebarkan peluang kebaikan ini buat kenalan tuan/puan hanya dengan klik mana-mana button ni bawah.
Semoga usaha ini dijadikan asbab orang lain untuk berkongsi & beri manfaat kepada masyarakat di luar sana juga.
[give_goal id=”896″]
[give_form id=”896″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Wakaf Sekarang”]
[give_form id=”899″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Wakaf Setiap Jumaat”]