Adakah MyFundAction NGO yang berdaftar?

Berdaftar di bawah nama Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) dengan nombor pendaftaran PPM-006-14-07052014. Registrar of Societies di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Berapa kos operasi yang diambil oleh MyFundAction untuk sesebuah kempen?

10 %. Boleh refer article of transparency di bawah untuk penjelasan lebih lanjut. Bagi kempen seperti kutipan bagi saudara di Palestin, MyFundAction menyerahkan 100% dana tanpa sebarang ambilan peratus.

https://myfundaction.org/ke-mana-wang-anda-pergi-bersama-myfundaction/

Adakah MyFundAction diaudit setiap tahun?

MyFundAction diaudit setiap tahun semenjak tahun penubuhannya, 2014. Bagi menjamin ketelusan, kami melantik auditor luaran yang bertauliah dalam urusan audit kami setiap tahun.

Bagaimana bantuan kempen yang saya sertai akan disalurkan?

Rujuk artikel untuk tahu bagaimana sesebuah kempen beroperasi menggunakan hasil bantuan anda:

https://myfundaction.org/ke-mana-wang-anda-pergi-bersama-myfundaction/

Bagaimana saya nak tahu perkembangan terkini kempen yang saya bantu?

Untuk mengikuti perkembangan terkini kempen yang anda bantu, anda boleh terus merujuk di akaun media sosial MyFundAction, laman sesawang utama www.myfundaction.org atau hubungi pegawai perhubungan awam kami.

Kalau saya sokong kempen MyFundAction, ada dapat pengurangan cukai tak?

Ya, anda layak mendapat pengurangan cukai bagi setiap perkongsian rezeki projek-projek MyFundAction yang berjalan di dalam negara sahaja.

Kami juga telah mendapat pengesahan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri semenjak 2021.

Rujuk artikel: https://myfundaction.org/tax-deductions-for-donation-made-to-approved-organisation/