Hikari Box: Set Al-Quran Terjemahan Jepun & Kelengkapan Solat

Ayuh hadiahkan Al-Quran Pertama buat saudara baru di Jepun Untuk Kenal Islam

[give_form id=”136″ show_title=”false” show_goal=”true” show_content=”false” display_style=”modal” continue_button_title=”Wakaf Sekarang”]

[give_form id=”189″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”modal” continue_button_title=”Wakaf Setiap Jumaat”]

Perbankan Manual (CDM)

Alhamdulillah, semakin hari, semakin ramai penduduk di Jepun memeluk agama Islam.

Kesan dari itu kita boleh lihat lebih banyak masjid, aktiviti dakwah giat dilakukan di negara matahari terbit ini bagi terus mengembangkan agama Islam.

Namun, disebalik jumlah saudara Muslim baru yang kian ramai di Jepun, ada juga segelintir yang tersasar keluar dari Islam & kembali murtad kepada agama asal mereka.

Selain itu, Muslim di Jepun juga menggunakan Al Quran terjemahan untuk belajar Islam. 

Namun harga Al Quran terjemahan di Jepun amat mahal. Dengan harga RM 188 senaskah, bukan semua orang mampu untuk membeli Al Quran terjemahan tersebut.

Saudara Muslim baru di Jepun perlukan bimbingan & sokongan

Disebabkan Islam adalah agama minoriti di Jepun, dana untuk memperkembangkan Islam perlu disediakan sendiri oleh pihak komuniti Muslim di Jepun.

Oleh itu, Komuniti Islam di Jepun memerlukan lebih banyak bantuan dari pihak luar bagi menyokong usaha dakwah mereka untuk menarik minat lebih ramai lagi orang Jepun memeluk Islam kelak.

Hikari Box – Kit bimbingan buat para saudara baru Jepun

Bagi menyokong komuniti Islam di Jepun, MyFundAction telah bekerjasama untuk menyediakan Hikari Box (Hikari bermaksud cahaya), untuk diberikan kepada para saudara baru & masyarakat Jepun yang berminat untuk mengenali Islam.

Setiap Hikari Box ini bernilai RM 180, akan mengandungi:

  • Al Quran Jepun Rm118
  • Telekung (untuk wanita)
  • Sejadah
  • Tasbih Digital

Setiap Al Quran yang diagihkan adalah dalam bahasa Arab dengan terjemahan bahasa Jepun, yang mana dicetak terus di Malaysia & Arab Saudi.

Peluang wakaf Hikari Box buat bekalan rohani Muslim Jepun

Untuk membuka peluang kepada anda dalam misi dakwah ini, kami juga membuka peluang untuk anda berwakaf pengagihan Hikari Box ini hanya RM 30/bahagian.

Sasaran kesuluruhan kami untuk projek ini adalah sebanyak 1,136 kotak Hikari Box, bersamaan 6,667 slot wakaf saja.

Wakaf amal jariah paling afdal sebagai hadiah kepada yang tersayang

Dengan peluang yang ada ini, marilah kita wakaf sambil menjayakan misi dakwah kepada masyarakat Jepun ini.

Niatlah wakaf anda atas nama:

  • Ibu bapa tercinta yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia
  • Keluarga: Isteri, anak, adik beradik
  • Kenalan: Mereka yang kita berhutang tetapi terputus hubungan, mereka yang pernah berbuat baik sebagai membalas jasa.

Semoga wakaf ini menjadi pembela untuk kita ke syurga di akhirat kelak.

Bagaimana ingin berwakaf?

Anda boleh pilih pakej di bawah untuk taja bantuan buat keluarga yang dibantu melalui program Hikari Box.

  • Pilih pakej wakaf
  • Baca akad wakaf yang tertera di bawah
  • Isi maklumat anda & nama pewakaf
  • Buat pembayaran dan anda akan menerima emel pengesahan wakaf dalam masa 24 jam
Wakaf 10 unit Hikari Box – RM 1,800 (60 slot wakaf)
Wakaf 5 unit Hikari Box – RM 900 (30 slot wakaf)
Wakaf 1 unit Hikari Box – RM 180 (6 slot wakaf)
Kongsi Wakaf Hikari Box – RM 30 (1 slot wakaf)

Kongsi Kebaikan Juga Satu Pahala

Bantu kami sebarkan peluang kebaikan ini buat kenalan tuan/puan hanya dengan klik mana-mana button ni bawah.

Semoga usaha ini dijadikan asbab orang lain untuk berkongsi & beri manfaat kepada masyarakat di luar sana juga.

[give_goal id=”136″]

[give_form id=”136″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Wakaf Sekarang”]

[give_form id=”189″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Wakaf Setiap Jumaat”]

Perbankan Manual (CDM)