“Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya”
(HR Mauquf Shahih)
Asbab Kemiskinan: “Mereka Hanya Makan Mee Segera Untuk Alas Perut…”
(Jom, Cukupkan Bekalan Barang Dapur Mereka & Golongan Senasib)
Antara kisah golongan penerima Kotak Rezeki Ummat:
1. “Terpaksa bagi anak dekat orang lain sebab tak mampu nak jaga..” – Puan Syazlen
2. “Harga barang naik, kami tak mampu beli beras. Anak kecil pun saya bagi minum susu sejat saja..” – Puan Fatimah
3. “Ya, pak cik hidup sorang-sorang dalam rumah ni nak..” – Pak Cik Sebatang Kara
Kenapa Pentingnya Kotak Rezeki Ummat?
Hakikatnya sehingga hari ini, masih ramai keluarga di luar sana yang terpaksa mencatu makanan & ikat perut demi kelangsungan hidup.
Oleh sebab itu, tim MyFundAction mengambil inisiatif menyediakan keperluan barangan asas melalui Kotak Rezeki Ummat.
InsyaAllah, isi kotak ini mampu bertahan sehingga sebulan buat satu keluarga, di samping:
✅ Ringankan beban keluarga yang hilang punca pendapatan
✅ Mengurangkan risiko kebuluran disebabkan tiada makanan
✅ Meringankan beban ketua keluarga dalam menampung keperluan harian
Di Mana Lokasi Agihan Kotak Rezeki Ummat?
Misi asal bantuan kotak Rezeki Ummat ini adalah untuk membantu golongan penerima di seluruh negara.
Namun, lokasi agihan yang perlu kami segerakan adalah di kawasan Kedah, Kelantan dan negeri-negeri zon selatan kerana negeri tersebut merekodkan kadar kemiskinan paling kritikal di Malaysia (Sinar Harian).
*Setiap satu negeri terpilih akan diberi 1000 kotak makanan. Lebihan kotak akan diagihkan kepada negeri-negeri lain mengikut keperluan
Moga-moga dengan adanya misi seperti ini, lebih ramai asnaf dapat dibantu seterusnya mengurangkan kadar kebuluran buat rakyat miskin tegar.
“Barang siapa yang memberi makan kepada seorang Mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain,”
(Hadis Riwayat Thabrani)
Makluman: Minimum bantuan RM50, anda layak mendapatkan potongan pelepasan cukai dengan syarat resit perlu disimpan.
Platform Kongsi Rezeki berterusan dibuat untuk tuan / cik puan boleh membuat Kongsi Rezeki dengan serendah RM5 secara mingguan atau bulanan bersama kami di MyFundAction.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
1. Pilih jumlah yang ingin dikongsikan.
2. Pilih mahu bantu secara mingguan ataupun bulanan
3. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.
*Pemotongan berterusan ini boleh dimatikan pada bila-bila masa. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan selepas transaksi pertama selesai.