Krisis Bekalan Makanan Syria
Jutaan Pelarian Syria Berdepan Risiko Mati Kebuluran Ketika Ramadan Nanti!
(Ayuh, Hentikan Penderitaan Mereka Dengan Wakaf Pembinaan Fasa Akhir Kilang Roti Idlib)
Berbaki 5% Saja Lagi.
INI SEBAB UTAMA KENAPA KILANG ROTI PENTING BUAT PELARIAN SYRIA!
Seperti kita sedia maklum, isu kebuluran di kalangan pelarian Syria sehingga hari ini, masih belum menemui jalan penyelesaianya.
Sebab itu, kami mengambil inisiatif untuk membina kilang roti berdekatan dengan Syria agar isu kelaparan dapat dibendung & anak kecil tak perlu ikat perut lagi, terutamanya ketika Ramadan nanti. InsyaAllah!
15,000 Penduduk Syria Akan Dapat Manfaat Apabila Kilang Roti Siap Dibina
Pelarian Syria Tak Perlu Ikat Perut & Berlapar Lagi
Membuka Peluang Pekerjaan Buat Pelarian Syria
Persediaan Bekalan Makanan Sempena Bulan Ramadan Yang Akan Tiba Kelak
KILANG ROTI HAMPIR SIAP, AGIHAN ROTI AKAN DI BUAT SEPANJANG RAMADAN
Untuk maklumat, pada fasa kedua ini merangkumi keperluan kewangan di bahagian operasi seperti mesin & alatan kilang, serta bahan mentah bagi proses pembuatan roti.
Pada masa yang sama, fasa ini juga akan turut memfokuskan kepada menyiapkan lebihan 5% pembinaan, agar kilang ini boleh beroperasi sepenuhnya sebelum Ramadan tiba. InsyaAllah.
Oleh itu, bagi menggerakkan fasa kedua pembinaan ini, sejumlah RM300K diperlukan setiap bulan.
Tambahan, salah satu Misi Winter Aid pada tahun ini turut diselitkan dengan keperluan makanan melalui Agihan Roti dari Kilang Syria.
Jadi, pembinaan kilang roti perlu disegerakan agar kilang boleh beroperasi dan seterusnya agihan roti dapat berjalan seperti biasa sepanjang musim sejuk ini & Ramadan akan datang.
Semoga setiap ringgit yang disalurkan akan dibalas dalam bentuk ganjaran yang besar di dunia & akhirat, insyaAllah.
Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: