Masjid Pertama Di Kaki Gunung Fuji, Jepun Berdepan Risiko Ditutup!
(Ayuh, Selamatkan Masjid Ini Agar Saudara Islam Kita Di Jepun Tak Hilang Tempat Untuk Beribadah)
Platform Wakaf berterusan dibuat untuk tuan / cik puan boleh membuat wakaf dengan serendah RM5 secara mingguan atau bulanan bersama kami di MyFundAction.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
1. Pilih jumlah yang ingin diwakafkan.
2. Buat pilihan mahu pemotongan secara mingguan ataupun bulanan.
3. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.
*Pemotongan berterusan ini boleh dimatikan pada bila-bila masa. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan selepas transaksi pertama selesai.
Soalan Lazim
Masjid Pertama Dibuka Di Kaki Gunung Fuji
MASJID FUJIKAWAGUCHIKO ini sebenarnya dibuka secara rasmi pada 8 November 2020.
Inilah masjid pertama yang dibina di Gunung Fuji, Jepun bagi memenuhi keperluan pelancong Islam dan mualaf yang kian bertambah di kawasan sekitar.
LOKASI STRATEGIK: Masjid ini merupakan satu-satunya masjid di kawasan Tasik Kawaguchi yang merupakan tarikan utama pelancong di Jepun.
Tanpa kemudahan masjid ini, penduduk Muslim dan pelajar Islam di universiti berdekatan terpaksa pergi ke Shizuoka dengan jarak perjalanan selama 2 jam.
Selain menjadi pusat ibadah kepada penduduk Islam dan pelancong dari luar, masjid ini juga berperanan sebagai:
- Tempat bimbingan agama buat mualaf dan saudara baru
- Mempunyai beberapa kafe yang halal untuk pengunjung menjamu
- Pusat utama untuk pertukaran budaya antara agama Islam dan Jepun
Terpaksa Sewa Bangunan Setiap Bulan
Namun, sehingga ke harini, saudara Islam kita di Fuji ini masih tidak ada bangunan masjid kekal oleh kerana ianya dibina di bangunan yang asalnya merupakan sebuah hotel.
Jadi, pihak pengurusan masjid terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk membayar sewa bagi mengekalkan masjid ini.
Untuk pengetahuan tuan puan, kos sewa masjid setiap bulan adalah sebanyak USD 4,300 (MYR 18,900.65).
Apa yang lebih merisaukan kami, bila-bila sahaja bangunan ini akan ditarik semula oleh pemilik asal bangunan jika tiada pembelian segera untuk masjid ini.
Jom Sama-Sama Selamatkan Masjid Fujikawaguchiko Dengan Berwakaf
Atas dasar itulah, pihak Masjid Fujikawaguchiko bersama MyFundAction sedang berusaha untuk menyelamatkan masjid wakaf milik umat Islam ini, dengan membeli bangunan yang disewa ini.
Semoga saudara kita tak dihantui dengan perasaan bimbang asbab masjid ini masih belum dimiliki secara kekal oleh pihak masjid. Amin YRA.
Hanya serendah RM 50/nama, anda boleh menyertai program wakaf ini.
Insya-Allah sama-sama kita bantu selamatkan bangunan masjid ini dan dapat mengembangkan lagi agama Islam di Jepun. Amin YRA.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya”, katanya.