Hidupkan Hari-Hari Terakhir Ramadan Dengan Berwakaf
Selamatkan Masjid Fujikawaguchiko Dari Ditutup!

Soalan Lazim

Pemotongan akan berlaku serta merta bermula hari ini.

Pemotongan akan berakhir pada 30 Ramadan secara automatik. Namun, sekiranya akan ingin meneruskan langganan, ia dibolehkan.

Tuan/puan boleh menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit. Kedua-duanya dibolehkan.

Kami menggunakan syarikat pembayaran online ‘STRIPE’ yang terbukti selamat seluruh dunia. Antara syarikat besar yang menggunakan: FashionValet, EasyStore, SoCar, Tesla, Onpay dan banyak lagi.

Ia bergantung kepada kekerapan yang tuan/puan pilih; harian, mingguan atau bulanan.

Jika tuan/puan pilih harian dengan jumlah RM5, maka bermula hari ini kad kredit/debit akan mula dipotong sehingga akhir Ramadan.

Ya, tuan/puan boleh hentikan sendiri secara sementara atau berhenti terus.

Selepas bayaran langganan kali pertama disahkan, kami akan hantar emel / Whatsapp beserta link akses ke dashboard penderma.

Cara untuk henti langganan sementara:

  1. Klik link akses ke Contributor Dashboard
  2. Pilih ‘Recurring Contribution’
  3. Boleh klik ‘Off’ pada ‘Auto Renew’ untuk henti sementara
  4. Boleh klik ‘On’ untuk sambung langganan semula

Cara untuk henti langganan terus:

  1. Klik link akses ke Contributor Dashboard
  2. Pilih ‘Recurring Contribution’
  3. Boleh klik ‘Cancel’ untuk henti terus langganan
  4. Selesai

Ya, boleh. Boleh maklumkan kepada kami melalui emel atau Whatsapp yang tuan/puan terima setelah sumbangan pertama dibuat.

Selepas pembayaran pertama dibuat, tuan/puan akan terima emel & Whatsapp untuk akses ke dashboard penderma semula bila-bila masa.

Sekiranya ada sebarang soalan, boleh hubungi tim kami di Whatsapp +60162341090 (Admin MyFundAction)


Masjid Pertama Dibuka Di Kaki Gunung Fuji

MASJID FUJIKAWAGUCHIKO ini sebenarnya dibuka secara rasmi pada 8 November 2020.

Inilah masjid pertama yang dibina di Gunung Fuji, Jepun bagi memenuhi keperluan pelancong Islam dan mualaf yang kian bertambah di kawasan sekitar. 

Source: The Economist

LOKASI STRATEGIK: Masjid ini merupakan satu-satunya masjid di kawasan Tasik Kawaguchi yang merupakan tarikan utama pelancong di Jepun.

Tanpa kemudahan masjid ini, penduduk Muslim dan pelajar Islam di universiti berdekatan terpaksa pergi ke Shizuoka dengan jarak perjalanan selama 2 jam.

Sumber: Google Maps

Selain menjadi pusat ibadah kepada penduduk Islam dan pelancong dari luar, masjid ini juga berperanan sebagai:

  • Tempat bimbingan agama buat mualaf dan saudara baru
  • Mempunyai beberapa kafe yang halal untuk pengunjung menjamu
  • Pusat utama untuk pertukaran budaya antara agama Islam dan Jepun

Terpaksa Sewa Bangunan Setiap Bulan

Namun, sehingga ke harini, saudara Islam kita di Fuji ini masih tidak ada bangunan masjid kekal oleh kerana ianya dibina di bangunan yang asalnya merupakan sebuah hotel.

Jadi, pihak pengurusan masjid terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk membayar sewa bagi mengekalkan masjid ini.

Untuk pengetahuan tuan puan, kos sewa masjid setiap bulan adalah sebanyak USD 4,300 (MYR 18,900.65).


Apa yang lebih merisaukan kami, bila-bila sahaja bangunan ini akan ditarik semula oleh pemilik asal bangunan jika tiada pembelian segera untuk masjid ini.


Sebelum Pintu Ramadan Ditutup, Selamatkan Masjid Fujikawaguchiko Melalui Wakaf Anda

Atas dasar itulah, pihak Masjid Fujikawaguchiko bersama MyFundAction sedang berusaha untuk menyelamatkan masjid wakaf milik umat Islam ini, dengan membeli bangunan yang disewa ini.

Semoga Ramadan nanti, saudara kita tak dihantui dengan perasaan bimbang asbab masjid ini masih belum dimiliki secara kekal oleh pihak masjid. Amin YRA.

Hanya serendah RM 50/nama, anda boleh menyertai program wakaf ini.

Insya-Allah sama-sama kita bantu selamatkan bangunan masjid ini dan dapat mengembangkan lagi agama Islam di Jepun. Amin YRA.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, 

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya”, katanya.

Klik Sini Untuk Pilih Pakej Wakaf

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: