“Jemaah Terpaksa Bergilir-Gilir Untuk Solat Di Masjid Otsuka”

(Ayuh, hidupkan hari-hari terakhir Ramadan dengan berwakaf bina Rumah Allah)

Soalan Lazim

Pemotongan akan berlaku serta merta bermula hari ini.

Pemotongan akan berakhir pada 30 Ramadan secara automatik. Namun, sekiranya akan ingin meneruskan langganan, ia dibolehkan.

Tuan/puan boleh menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit. Kedua-duanya dibolehkan.

Kami menggunakan syarikat pembayaran online ‘STRIPE’ yang terbukti selamat seluruh dunia. Antara syarikat besar yang menggunakan: FashionValet, EasyStore, SoCar, Tesla, Onpay dan banyak lagi.

Ia bergantung kepada kekerapan yang tuan/puan pilih; harian, mingguan atau bulanan.

Jika tuan/puan pilih harian dengan jumlah RM5, maka bermula hari ini kad kredit/debit akan mula dipotong sehingga akhir Ramadan.

Ya, tuan/puan boleh hentikan sendiri secara sementara atau berhenti terus.

Selepas bayaran langganan kali pertama disahkan, kami akan hantar emel / Whatsapp beserta link akses ke dashboard penderma.

Cara untuk henti langganan sementara:

  1. Klik link akses ke Contributor Dashboard
  2. Pilih ‘Recurring Contribution’
  3. Boleh klik ‘Off’ pada ‘Auto Renew’ untuk henti sementara
  4. Boleh klik ‘On’ untuk sambung langganan semula

Cara untuk henti langganan terus:

  1. Klik link akses ke Contributor Dashboard
  2. Pilih ‘Recurring Contribution’
  3. Boleh klik ‘Cancel’ untuk henti terus langganan
  4. Selesai

Ya, boleh. Boleh maklumkan kepada kami melalui emel atau Whatsapp yang tuan/puan terima setelah sumbangan pertama dibuat.

Selepas pembayaran pertama dibuat, tuan/puan akan terima emel & Whatsapp untuk akses ke dashboard penderma semula bila-bila masa.

Sekiranya ada sebarang soalan, boleh hubungi tim kami di Whatsapp +60162341090 (Admin MyFundAction)


Ini 3 Sebab Kenapa Masjid Otsuka Perlu Dinaik Taraf Segera!

Siapa sangka, Masjid Otsuka ini antara masjid yang menjadi tumpuan buat para pelancong & Muslim sekitar Bandar Toshima.

Bukan itu saja, masjid ini juga berperanan menjadi tempat komuniti Islam sekitar berkumpul & belajar mendalami Islam.

Tapi, terdapat beberapa kekangan yang memerlukan masjid ini untuk dinaik taraf. Antaranya…

Ruang Solat Sempit & Tak Mampu Tampung Jemaah Yang Ramai

==========
Kadang-kadang solat tergesa-gesa & tak khusyuk sebab nak bagi laluan pada jemaah lain untuk beribadah – Pelancong
==========

Terpaksa Beratur Lama & Solat Bergilir-Gilir Ketika Waktu Solat Penting Islam

==========
“Setiap kali nak solat Jumaat atau raya, kami terpaksa beratur selama 2 jam & solat bergilir-gilir disebabkan masjid tak muat untuk tampung ramai jemaah 😢”- Muslim Jepun
==========

Berpotensi Menjadi “Islamic Cultural Centre” Yang Mampu Tarik Non-Muslim Tempatan & Pelancong Luar Kenal Islam 

==========
“Seronok bila ada masjid sekitar Bandar Toshima ni, mudah untuk kami nak beribadah & kenalkan budaya Islam pada masyarakat setempat” – Muslim Jepun
==========


“…Dengarkan Apa Kata Faizal Tahir & Fedtri Yahya Tentang Masjid Otsuka..”


Kenapa Kena Bantu Projek Masjid Otsuka ni, sedangkan Dalam Negara Masih Banyak Masjid Yang Masih Terbengkalai?

Jepun merupakan salah satu negara minoriti Islam yang kurang didedahkan tentang nilai Islam yang sebenar.

Hal ini menyebabkan, Islam tidak mendapat sokongan mahupun bantuan dari kerajaan Jepun.

Kerana itu, Muslim di Jepun sangat mengharapkan sokongan dari pihak luar seperti kita, Lagi-lagi berkaitan unsur keagamaan ini.

Berlainan pula situasinya di Malaysia. 

Seperti kita maklum, kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai bantuan & kemudahan jika ia berkaitan dengan isu keagamaan.

Bukan itu saja, negara kita juga terdapat banyak NGO yang berdaftar untuk hulurkan bantuan.


RAMADAN: Mulakan Langkah Buat Amal kebaikan Dengan Lancarkan Proses Naik Taraf Masjid Otsuka Melalui “WAKAF”

Sempena Ramadan ini, apa kata anda selitkan sedikit harta dengan sertai wakaf Masjid Otsuka ini hanya serendah RM50/nama agar sasaran sebanyak RM1 Juta dapat dicapai.

Tambahan, dengan terkumpulnya RM 1 juta hasil wakaf tuan/puan, sedikit sebanyak dapat bantu mempercepatkan lagi proses pembelian bangunan sebelah kanan, kiri dan belakang masjid untuk pembinaan naik taraf dimulakan.

Semoga perjuangan kita ini, dipermudahkan asbab kesepakatan kita bersama dalam mengangkat martabat Islam di Jepun. InsyaAllah.

Bina Masjid di Dunia, Allah SWT Bagi Istana di Syurga

“ Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga ”

[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: