Lakukan Amalan Ini Sekali Seumur Hidup
Bina Istana Di Syurga Dengan Berwakaf Lancarkan Proses Naik Taraf Masjid Shizuoka, Jepun.
Platform Wakaf berterusan dibuat untuk tuan / cik puan boleh membuat wakaf dengan serendah RM5 secara mingguan atau bulanan bersama kami di MyFundAction.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
1. Pilih jumlah yang ingin diwakafkan.
2. Buat pilihan mahu pemotongan secara mingguan ataupun bulanan.
3. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.
*Pemotongan berterusan ini boleh dimatikan pada bila-bila masa. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan selepas transaksi pertama selesai.
Soalan Lazim
3 Sebab Utama Kenapa Masjid Shizuoka Ini Sedang Dibesarkan!
Masjid di Jepun memainkan peranan penting sebagai tempat buat saudara baru mahupun Non-Muslim di Jepun untuk mengenal & mendalami Islam.
Ruang Masjid Shizuoka Hanya Mampu Tampung 100 Orang Jemaah Saja
Aktiviti Dakwah Di Masjid Terhad Atas Kekangan Ruang & Fasiliti
Masjid Shizuoka Berpotensi Dijadikan Sebuah “Islam Cultural Centre” Untuk Tarik Non-Muslim Tempatan & Pelancong Kenal Islam Di Jepun
Masjid Shizuoka Adalah Satu-Satunya Masjid Utama Buat Ribuan Muslim Sekitar
Alhamdulillah setelah projek wakaf pembinaan fasa pertama Masjid Shizuoka pada tahun 2020 yang lalu, kami menerima banyak khabar berita dari pihak masjid, iaitu:
- Semakin ramai saudara baru mula mendalami Islam
- Menerima banyak kunjungan Non-Muslim yang mula tertarik untuk mengenal Islam
- Banyak aktiviti dakwah telah dapat dilaksanakan secara mingguan
Atas sambutan yang sangat baik, MyFundAction sekali lagi bekerjasama dengan Masjid Shizuoka untuk memperluaskan & menambah fasiliti kawasan masjid ini.
Bagaimana Kita Boleh Bantu Jayakan Projek Masjid Ini?
Untuk bantu menjayakan projek ini, kami sekali lagi bukakan peluang buat rakyat Malaysia untuk berwakaf dengan hanya serendah RM50/lot.
Setakat ini, kos yang diperlukan untuk fasa pembinaan awal adalah sebanyak RM2 Juta.
Update terkini: Proses pembinaan naik taraf ini telah berjalan sebanyak 20% & dijangka akan siap dalam masa 18 bulan dari sekarang.
Setiap Hasil Wakaf Anda Akan Digunakan Untuk:
InsyaAllah, sama-sama kita doakan Masjid Shizouka ini mampu menjadi salah satu “Islamic Cultural Centre” yang mampu menarik ramai lagi Non-Muslim tertarik mengenal Islam dengan konsep yang baru.
Jom Wakaf Bantu Lancarkan Proses Pembinaan Besarkan Masjid Shizuoka Sekarang!
Bina Masjid di Dunia, Allah SWT Bagi Istana di Syurga
“ Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga ”
[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
KHAS UNTUK YANG INGIN BERWAKAF UNTUK IBU BAPA:
**Kami cadangkan supaya anda memilih pakej RM 100 untuk 2 lot wakaf. 1 lot anda boleh niatkan untuk ibu dan 1 lot lagi boleh niatkan untuk bapa.
(P/s: Semoga pahala buat ibu bapa anda akan berterusan asbab wakaf yang anda hadiahkan buat mereka. Amin.)
Untuk Transaksi Wakaf Secara Manual/ Bank Transfer/ CDM
Bank: MAYBANK
Nama: Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No akaun: 5505 1097 0076
Sila letakkan reference “Masjid Shizuoka”