Kini, anda berpeluang bantu lebih 15,000 Warga Islam di Tronoh, Perak beribadah (Ambil wuduk, kuliah, Solat, dll) dengan lebih selesa. Lot wakaf RM30 sahaja.
1. Ruang solat masjid Ar-Rahmaniah, Tronoh ini sempit
Sehinggakan ada jemaah yang terpaksa berpatah balik solat di rumah ataupun solat di beranda masjid.
2. Masjid ini sering dinaiki air
Terutamanya jika berlakunya hujan lebat dan lebih menyedihkan keadaan bumbung masjid uzur & bocor.
Secara tak langsung, sistem wiring bermasalah & mengakibatkan isu seperti blackout.
3. Ruang ambil wuduk jemaah muslimah terbuka
Situasi ini membuatkan jemaah wanita kurang selesa kerana tempat berwuduk terdedah aurat
Manakala kedudukan tandas juga agak jauh dari ruang solat.
Bagaimana Kita Boleh Bantu Penduduk Muslim Tronoh & Sekitarnya?
MyFundAction telah mengambil inisiatif membuka peluang pada orang ramai untuk sama-sama bantu pembinaan masjid ini melalui wakaf.
Hanya serendah RM 30/Lot.
Semoga dengan usaha ini mampu melancarkan proses pembinaan naik taraf Masjid Baharu Ar-Rahmaniah seperti yang dirancang.
Berikut adalah surat lantikan rasmi Myfundaction bersama jawatankuasa masjid Ar Rahmaniah di Tronoh, Perak.
Berapa Jumlah Dana Yang Diperlukan?
Sasaran Fasa Terkini:RM500,000
Fasa 1 & 2: Proses penentuan kiblat & pemasangan cerucuk(Selesai)✅
Fasa 3: Proses siapkan lantai & pemasangan tiang konkrit bahagian bawah untuk dijadikan ruang solat lelaki & wanita. (Sedang Diusahakan) ➡
Fasa 4: Proses siapkan lantai tingkat 1 & pemasangan tiang konkrit tetulang. (Belum Bermula) ❌
Bagaimana Cara Anda Boleh Berwakaf?
Tuan/puan boleh pilih pakej wakaf di bawah & isi borang untuk teruskan berwakaf
Wakaf Masjid 100 Lot – RM3000
Wakaf Masjid 50 Lot – RM1500
Wakaf Masjid 10 Lot – RM300
Wakaf Masjid 5 Lot – RM150
Wakaf Masjid 2 Lot – RM60
Wakaf Masjid 1 Lot – RM30
Nota: Buat anak-anak yang nak berwakaf untuk ibu bapa, kami SARANKAN anda memilih 2 lot wakaf dan niatkan atas nama mereka.
Bina Masjid di Dunia, Allah SWT Bagi Istana di Syurga
“ Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga ”
Berdaftar di bawah nama Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) dengan nombor pendaftaran PPM-006-14-07052014. Registrar of Societies di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Berapa kos operasi yang diambil oleh MyFundAction untuk sesebuah kempen?
10 %. Boleh refer article of transparency di bawah untuk penjelasan lebih lanjut. Bagi kempen seperti kutipan bagi saudara di Palestin, MyFundAction menyerahkan 100% dana tanpa sebarang ambilan peratus.
MyFundAction diaudit setiap tahun semenjak tahun penubuhannya, 2014. Bagi menjamin ketelusan, kami melantik auditor luaran yang bertauliah dalam urusan audit kami setiap tahun.
Bagaimana bantuan kempen yang saya sertai akan disalurkan?
Rujuk artikel untuk tahu bagaimana sesebuah kempen beroperasi menggunakan hasil bantuan anda:
Bagaimana saya nak tahu perkembangan terkini kempen yang saya bantu?
Untuk mengikuti perkembangan terkini kempen yang anda bantu, anda boleh terus merujuk di akaun media sosial MyFundAction, laman sesawang utama www.myfundaction.org atau hubungi pegawai perhubungan awam kami.
Kalau saya sokong kempen MyFundAction, ada dapat pengurangan cukai tak?
Ya, anda layak mendapat pengurangan cukai bagi setiap perkongsian rezeki projek-projek MyFundAction yang berjalan di dalam negara sahaja.
Kami juga telah mendapat pengesahan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri semenjak 2021.