Wakaf Jumaat: Besar Pahala Bina Rumah Allah

(Rebut peluang bantu lebih 15,000 warga Islam di Tronoh, Perak beribadah di dalam masjid yang lebih luas & selesa. Jom wakaf masjid hanya RM30/lot)

[give_form id=”13469″ show_title=”false” show_goal=”true” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Klik Sini & Pilih Pakej Wakaf”]

3 Masalah Utama Masjid Lama

1. Ruang solat masjid Ar-Rahmaniah, Tronoh ini sempit

Sehinggakan ada jemaah yang terpaksa berpatah balik solat di rumah ataupun solat di beranda masjid.

2. Masjid ini sering dinaiki air

Terutamanya jika berlakunya hujan lebat dan lebih menyedihkan keadaan bumbung masjid uzur & bocor.

Secara tak langsung, sistem wiring bermasalah & mengakibatkan isu seperti blackout.

3. Ruang ambil wuduk jemaah muslimah terbuka

Situasi ini membuatkan jemaah wanita kurang selesa kerana tempat berwuduk terdedah aurat

Manakala kedudukan tandas juga agak jauh dari ruang solat.

Bagaimana Kita Boleh Bantu Penduduk Muslim Tronoh & Sekitarnya?

MyFundAction telah mengambil inisiatif membuka peluang pada orang ramai untuk sama-sama bantu pembinaan masjid ini melalui wakaf.

Hanya serendah RM 30/Lot.

Semoga dengan usaha ini mampu melancarkan proses pembinaan naik taraf Masjid Baharu Ar-Rahmaniah seperti yang dirancang.

Berikut adalah surat lantikan rasmi Myfundaction bersama jawatankuasa masjid Ar Rahmaniah di Tronoh, Perak.

Nota: Surat lantikan atas nama Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia pada tahun 2019. Ia adalah nama lama pertubuhan kami sebelum secara rasminya bertukar kepada MyFundAction pada tahun 2020.

Berapa Kos Pembinaan Yang Diperlukan?

Sasaran Fasa Terkini: RM500,000

Fasa 1 & 2: Proses penentuan kiblat & pemasangan cerucuk (Selesai)
Fasa 3: Proses siapkan lantai & pemasangan tiang konkrit bahagian bawah untuk dijadikan ruang solat lelaki & wanita.
(Sedang Diusahakan) ➡
Fasa 4: Proses siapkan lantai tingkat 1 & pemasangan tiang konkrit tetulang. (Belum Bermula) ❌

Bagaimana Cara Anda Boleh Berwakaf?

Tuan/puan boleh pilih pakej wakaf di bawah & isi borang untuk teruskan berwakaf

  • Wakaf Masjid 100 Lot – RM3000
  • Wakaf Masjid 50 Lot – RM1500
  • Wakaf Masjid 10 Lot – RM300
  • Wakaf Masjid 5 Lot – RM150
  • Wakaf Masjid 2 Lot – RM60
  • Wakaf Masjid 1 Lot – RM30

Nota: Buat anak-anak yang nak berwakaf untuk ibu bapa, kami SARANKAN anda memilih 2 lot wakaf dan niatkan atas nama mereka.

Bina Masjid di Dunia, Allah SWT Bagi Istana di Syurga

“ Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga ”  

[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

[give_form id=”13469″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”onpage” continue_button_title=”Wakaf Sekali”]

[give_form id=”13472″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”onpage” continue_button_title=”Wakaf Berterusan”]

Perbankan Manual (CDM)
Opt-out Dari Terima SMS

Makluman: Minimum bantuan RM50, anda layak mendapatkan potongan pelepasan cukai dengan syarat resit perlu disimpan.

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: