Belanjakan Harta Untuk Bantu Kembangkan Dakwah Islam di New Zealand.

Sertai Wakaf Pusat Komuniti Belia Muslim di Queenstown Hanya Serendah RM50/lot.

(Boleh niatkan wakaf atas nama sendiri atau orang yang tersayang)

[give_goal id=”43468″]


MENGAPA KAMI MEMILIH NEW ZEALAND?

Masih ingatkah anda ketika dunia digemparkan pada 15 Mac 2019 dengan kes penembakan secara rambang di masjid di Christchurch, New Zealand?

Meskipun peristiwa berdarah itu meragut nyawa seramai 51 orang termasuklah seorang warganegara Malaysia, Allah SWT telah sediakan hikmah yang besar di sebalik kejadian tersebut.

Satu dunia mulai lebih tahu tentang Islam. Islam yang digembar-gemburkan sebagai agama teroris dibuktikan sebaliknya melalui kejadian tersebut.

Besarnya peluang untuk Islam terus berkembang di New Zealand!


MUSLIM SEMAKIN RAMAI, TETAPI TIADA BIMBINGAN YANG BERTERUSAN…

Demi menyelesaikan isu ini, pihak MyFundAction ingin membina satu pusat utama kepada perkembangan dakwah dan Islam di Queenstown, New Zealand.

Bangunan ini akan menyediakan fasiliti seperti:

  • Surau
  • Kafe
  • Perpustakaan Mini
  • Tempat untuk Riadah
  • Pameran tentang sejarah Islam di New Zealand

LOKASI STRATEGIK, LEBIH RAMAI ORANG BERPELUANG KENAL ISLAM

Bandar Queenstown yang menjadi tumpuan pelancong sudah semestinya akan menjadi pemangkin kepada penyebaran dakwah secara lebih meluas di New Zealand.

Dengan adanya bangunan ini, belia Islam di sana akan dapat dilatih untuk menjadi pemimpin Islam masa depan yang hebat.

Bahkan, golongan saudara baru dan mereka yang berminat dengan Islam akan dapat dibimbing dengan lebih baik sekiranya pusat ini dapat diwujudkan.


WAKAF FISABILILLAH BUAT DAKWAH DI NEW ZEALAND !

Oleh itu, kami dari pihak MyFundAction ingin mengajak anda semua untuk bersama menjayakan impian kami menubuhkan Muslim Youth Development Center di New Zealand dengan berwakaf.

Tuan/puan boleh berwakaf mengikut kemampuan masing-masing seperti pakej di bawah:

Kami yakin niat kami dan niat tuan/puan adalah sama. Kita hanya mahukan Islam tersebar dengan lebih luas dan lebih ramai non-Muslim akan bergelar saudara baru kita.

Dengan kerjasama kita bersama, insya Allah sasaran sebanyak RM400K dapat dicapai dan bangunan ini akan tersergam indah di New Zealand dalam masa terdekat ini.

عَنْ أَبِيْ مُوْسَى عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ المُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا» وَشَبَّكَ  أَصَابِعَهُ. رواه البخاري ومسلم

Maksudnya: “Dari Abi Musa dari Nabi SAW., Baginda bersabda, “Sungguh (sebahagian) mukmin kepada (sebahagian) mukmin lainnya seperti bangunan, yang menguatkan sebahagian dengan sebahagian lainnya.” Dan Baginda menyilangkan jari-jarinya. “

(HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga dengan adanya pusat pembangunan belia Islam ini, sentimen Islamophobia itu akan terhapus sedikit demi sedikit. Insya Allah, amin…


Untuk Transaksi Wakaf Secara Manual/ Bank Transfer/ CDM

Bank : MAYBANK
Nama :  Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No akaun :  550510970076
Sila letakkan reference
“MYDC”

Untuk pilihan wakaf berterusan nilai minima adalah RM50 kerana 1 lot wakaf bersamaan RM50.

Perbankan Manual (CDM)

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: