Jangan Biarkan Mereka Terus Menunggu!

“Bungkusan Roti Ini, Selamatkan Adik Dari Kelaparan..”

(Ayuh, bekalkan stok roti berterusan buat saudara Syria berbuka Ramadan nanti)

“Anda Saksi Penderitaan Mereka..”


Ini antara penderitaan yang dialami oleh saudara Syria demi kelangsungan hidup.

1. “Sumpah hari ini kami tak masak apa-apa & saya sangat berharap ada yang sudi bagi kami roti..” – Ibu Syria

2. “Hanya sup zaitun jadi alas perut kami sekeluarga” – Pak cik Fawwaz

3. “Harga roti di syria mahal & diluar kemampuan kami” – Pelarian Syria


Kilang Roti Buat Pelarian Syria Dah Siap..! Namun…


Alhamdulillah! Berkat sokongan hebat dari seluruh rakyat Malaysia..

Sebuah kilang roti khas buat rakyat Syria yang terletak di Reyhanli, Turkiye akhirnya siap & sudah memulakan operasinya.

InsyaAllah, ia kan memberi manfaat buat 15,000 sehingga 25,000 penduduk di Syria.


Namun begitu,

Kami masih memerlukan sokongan anda semua, bagi memastikan kilang ini terus beroperasi.

Sebanyak RM500,000 (sebulan) diperlukan.


Bagi menampung kos seperti:

✅ Bahan mentah
✅ Operasi
✅ Pengurusan & lain-lain kos

Untuk makluman, kami sasarkan sebanyak 50,000 pek roti diedarkan setiap hari.

Di mana, setiap keluarga akan diberikan sebanyak 2 pek roti (1 pek = 8 pcs roti).

Semoga usaha ini, sedikit sebanyak dapat bantu kurangkan masalah kebuluran di kalangan saudara Syria.

Sekaligus, mereka bakal mempunyai bekalan makanan yang berterusan.


Apa Akan Jadi Kalau Sasaran Ini Tak Dapat Dikumpulkan?


Seandainya sasaran RM 500,000 ini tidak dicapai, besar kemungkinan:

❌ Terpaksa tapis penerima agihan.
❌ Ada keluarga yang tak cukup bekalan makanan.
❌ Kecilkan kuantiti pengeluaran roti.
❌ Isu kebuluran akan meningkat semula.
❌ Jika berlanjutan, mungkin kilang ini bakal di tutup!

Jadi, bagi memastikan saudara kita di Syria ada stok makanan secara berterusan Ramadan nanti, kami sangat-sangat perlukan sokongan anda semua.

Semoga setiap ringgit yang disalurkan akan dibalas dalam bentuk ganjaran yang besar di dunia & akhirat. Amin YRA.

❤️

Terima kasih kerana sudi kongsi rezeki buat saudara Syria

Semoga tuan/puan diberikan ganjaran pahala berganda & di anugerahkan rezeki yang tak di jangka asbab kongsi rezeki yang diberi.


Sebenarnya, kami ada jalankan program kongsi rezeki secara konsisten.

Di mana, tuan/puan boleh kongsi rezeki secara “Mingguan” ataupun “Bulanan” dalam misi bekalkan stok roti berterusan buat saudara Syria supaya mereka tak perlu ikat perut lagi.

Bukan itu saja..😊

Program ini juga, turut bantu tuan/puan dari terlepas peluang belanjakan harta ke jalan Allah & rebut ganjaran pahala berganda asbab beri saudara susah makan.

Sekiranya tuan/puan berminat, boleh tekan butang di bawah 👇


Seandainya tuan/puan masih belum bersedia,

Tuan/puan boleh sokong program ini dengan “share mesej” dalam group Whatsapp.

Supaya lebih ramai sahabat serta masyarakat diluar sana “aware” & nak sama-sama sokong perjuangan ini. 

Caranya, klik butang di bawah 👇

(P/s: Kami faham, mungkin tuan/puan merasa agak berat untuk share amanah ini, tapi ketahuilah bahawa perkongsian tuan/puan hari ini mampu menyelamatkan nyawa pelarian Syria)