“Bungkusan Roti Dari Anda Mampu Selamatkan Nyawa Anak Kecil Syria Ini..”

(Hentikan penderitaan mereka dengan bekalkan stok roti berterusan sebelum Ramadan berakhir)

Kami cadangkan Ramadan ini, kita ambil peluang berkongsi rezeki sepanjang bulan supaya kita mendapat ganjaranya. Amin.

Bagaimana Cara Untuk Sertai?

1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
2. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.

Kami cadangkan sepanjang bulan Ramadan ini, tuan puan melanggan harian supaya setiap hari mendapat pahala wakaf @ perkongsian rezeki.

Pemotongan ini akan dibuat hanya sehingga 30 Ramadan bersamaan 21 April.

Soalan Lazim

Pemotongan akan berlaku serta merta bermula hari ini.

Pemotongan akan berakhir pada 30 Ramadan secara automatik. Namun, sekiranya akan ingin meneruskan langganan, ia dibolehkan.

Tuan/puan boleh menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit. Kedua-duanya dibolehkan.

Kami menggunakan syarikat pembayaran online ‘STRIPE’ yang terbukti selamat seluruh dunia. Antara syarikat besar yang menggunakan: FashionValet, EasyStore, SoCar, Tesla, Onpay dan banyak lagi.

Ia bergantung kepada kekerapan yang tuan/puan pilih; harian, mingguan atau bulanan.

Jika tuan/puan pilih harian dengan jumlah RM5, maka bermula hari ini kad kredit/debit akan mula dipotong sehingga akhir Ramadan.

Ya, tuan/puan boleh hentikan sendiri secara sementara atau berhenti terus.

Selepas bayaran langganan kali pertama disahkan, kami akan hantar emel / Whatsapp beserta link akses ke dashboard penderma.

Cara untuk henti langganan sementara:

  1. Klik link akses ke Contributor Dashboard
  2. Pilih ‘Recurring Contribution’
  3. Boleh klik ‘Off’ pada ‘Auto Renew’ untuk henti sementara
  4. Boleh klik ‘On’ untuk sambung langganan semula

Cara untuk henti langganan terus:

  1. Klik link akses ke Contributor Dashboard
  2. Pilih ‘Recurring Contribution’
  3. Boleh klik ‘Cancel’ untuk henti terus langganan
  4. Selesai

Ya, boleh. Boleh maklumkan kepada kami melalui emel atau Whatsapp yang tuan/puan terima setelah sumbangan pertama dibuat.

Selepas pembayaran pertama dibuat, tuan/puan akan terima emel & Whatsapp untuk akses ke dashboard penderma semula bila-bila masa.

Sekiranya ada sebarang soalan, boleh hubungi tim kami di Whatsapp +60162341090 (Admin MyFundAction)


“Hanya Mampu Alas Perut Dengan Apa Yang Ada Saja..😢” 


Krisis kelaparan di Syria saban hari kian meningkat & sehingga kini masih belum menemui titik noktah.

Asbab itu jugalah, anak kecil Syria terpaksa makan sisa makanan kerana itu saja yang ada untuk mereka alas perut & tak kelaparan.


“Anda Saksi Penderitaan Mereka..”


Ini antara penderitaan yang dialami oleh saudara Syria demi kelangsungan hidup.

1. “Sumpah hari ini kami tak masak apa-apa & saya sangat berharap ada yang sudi bagi kami roti..” – Ibu Syria

2. “Hanya sup zaitun jadi alas perut kami sekeluarga” – Pak cik Fawwaz

3. “Harga roti di syria mahal & diluar kemampuan kami” – Pelarian Syria


Kilang Roti Buat Pelarian Syria Dah Siap..! Namun…


Alhamdulillah! Berkat sokongan hebat dari seluruh rakyat Malaysia..

Sebuah kilang roti khas buat rakyat Syria yang terletak di Reyhanli, Turkiye akhirnya siap & sudah memulakan operasinya.

InsyaAllah, ia kan memberi manfaat buat 15,000 sehingga 25,000 penduduk di Syria kelak.

Namun begitu,

Kami masih memerlukan sokongan anda semua, bagi memastikan kilang ini terus beroperasi.

Sebanyak RM500,000 (sebulan) diperlukan bagi menampung :

✅ Kos bahan mentah
✅ Kos operasi
✅ Kos pengurusan

Untuk makluman, kami sasarkan sebanyak 50,000 pek roti diedarkan setiap hari.

Di mana, setiap keluarga akan diberikan sebanyak 2 pek roti (1 pek = 8 pcs roti).

Semoga usaha ini, sedikit sebanyak dapat bantu kurangkan masalah kebuluran di kalangan saudara Syria.

Sekaligus, mereka mempunyai bekalan makanan untuk berbuka puasa di bulan Ramadan ini. Amin YRA.


Apa Akan Jadi Kalau Sasaran Ini Tak Dapat Dikumpulkan?


Seandainya sasaran RM 500,000 ini tidak dicapai, besar kemungkinan :

❌ Terpaksa tapis penerima agihan.
❌ Ada keluarga yang tak cukup bekalan makanan.
❌ Kecilkan kuantiti pengeluaran roti.
❌ Isu kebuluran akan meningkat semula
❌ Jika berlanjutan, mungkin kilang ini bakal di tutup!

Jadi, bagi memastikan saudara kita di Syria ada makanan terutama pada Ramadan ini, kami sangat-sangat perlukan sokongan anda semua.

Semoga setiap ringgit yang disalurkan akan dibalas dalam bentuk ganjaran yang besar di dunia & akhirat. Amin YRA.

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: