Bayi Pramatang Perlukan 7 Suntikan Untuk Terus Bernafas 

"Kami redha Zafran lahir awal tapi tolong jangan biar dia pergi terlalu cepat..."




Bayangkan tubuh sekecil 840 gram menanggung sakit paru-paru kronik

Perlukan RM30,000 segera!



Bayi Pramatang Ini Tidak Minta Dilahirkan Awal


Muhammad Zafran Mikhael, bayi comel yang kini berusia 7 bulan. Dia dilahirkan terlalu awal ketika kandungan ibunya baru berusia 25 minggu (6 bulan).

Zafran tergolong dalam kategori pramatang melampau, keadaan dimana paling berisiko dan mudah terkena jangkitan.

Kelahiran pramatang Zafran bukanlah sesuatu yang dijangka. Ibunya sihat sepanjang kehamilan, tiada sebarang komplikasi.


Namun semuanya berubah drastik apabila kandungannya mencecah 25 minggu, dia mengalami pendarahan dan dibawa ke hospital.

“Saya ditahan di labour room selama 3 hari dan diberi ubat untuk kuatkan paru-paru baby. Tapi hari ke-4, saya mula sakit kontraksi dan akhirnya melahirkan Zafran...”



Bertarung Nyawa Dari Hari Pertama

Selepas dilahirkan, Zafran terus dimasukkan ke NICU dan bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen dan tiub penyusuan.

Nafasnya ketika itu pendek, laju sehingga nampak lekuk di dada dan perut.

Zafran juga beberapa kali dijangkiti kuman dan perlu menjalani rawatan tambah darah di dalam NICU, 

Zafran hanya dibenarkan pulang apabila usianya mencecah 4 bulan dan beratnya meningkat kepada 3.67kg waktu itu.



Sebagai bayi pramatang, paru-parunya sangat lemah dan mudah dijangkiti virus pernafasan sinsitial (RSV), jangkitan yang sangat serius dan berbahaya kepada bayi.

Doktor menyarankan agar Zafran menerima suntikan ubat khas Synagis sebanyak 7 kali setahun untuk pencegahan.

Namun, ubat ini tidak murah...

Zafran Masih Perlukan Rawatan Harian

Zafran masih bergantung kepada inhaler (aerochamber) setiap hari.

Dia juga perlukan susu formula khas, pampers dan barang keperluan asas rawatan. 

Dan pada Mei ini, Zafran perlu jalani temujanji untuk pemantauan paru-paru dan perkembangan pernafasannya.



Sejak Zafran dilahirkan, ibunya terpaksa berhenti kerja demi menjaga sepenuh masa si kecil yang memerlukan perhatian rapi.

Keluarga ini hanya bergantung kepada pendapatan bulanan si ayah yang tidak tetap.




Tanpa RM30,000, Zafran Berisiko Kembali Ke ICU

Ibu ayahnya tidak minta lebih, mereka cuma mohon peluang untuk lihat anak kecil ini membesar tanpa bergantung pada mesin.




Kerjasama ini dijalankan bersama MyFundAction dan MyHeart, bagi memastikan setiap sen yang disalurkan digunakan terus untuk keperluan rawatan Zafran.



KOS KEPERLUAN RM 30,000

Suntikan Khas (RM 26,320)
RM 250/bahagian
RM160/bahagian
RM80/bahagian

Keperluan Lain (RM 3,680)
(Susu formula, pampers, keperluan rawatan)
RM 40/bahagian

*Bantuan berterusan selama 6 bulan


Bukan kehendak mereka untuk meminta… Tapi demi Zafran, mereka terpaksa.

"Siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan satu kesusahan daripadanya di Hari Kiamat."
(Riwayat Muslim)

Disclaimer:

1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.

2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers. 

3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

4) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit 5) Kos pembedahan akan dibayar terus kepada pihak hospital.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Suntikan Khas RM250/bahagian
Suntikan Khas RM160/bahagian
Suntikan Khas RM80/bahagian
Kos Keperluan Lain RM40/bahagian
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN