Wakafkan telaga air bersih buat saudara kita di Afrika
Lebih 3,000 kanak-kanak bawah 5 tahun mati setiap tahun akibat cirit-birit berpunca daripada air kotor. - Sumber: Water Aid
Krisis air Afrika ini bukanlah satu perkara yang baru. Ya betul, di sana, tiada sumber air bersih. Apa yang ada ada cuma bekalan air yang keruh. Lebih dahsyat lagi, mereka perlu beratur, dan membayar air bersih dengan harga yang sangat mahal!
Dengan projek air bersih MyFundAction di Afrika, kami mensasarkan untuk membina 20 buah telaga air bersih tertumpu di 2 buah negara di benua Afrika iaitu Nigeria dan Uganda:
Projek ini akan beri manfaat kepada puluhan ribu penduduk di sana. Mengapa kali ini kami pilih dua buah negara ini? Ini adalah kawasan yang kami santuni, berupa kawasan yang sangat terik. Ketika misi dijalankan, suhu mencatat sehingga 40darjah celsius.
Tidak tergambar betapa sukar kehidupan mereka di sini. Jadi, #jiwabaik semua, kami ingin mengajak anda untuk hadiahkan buat mereka, sesuatu yang sangat berharga iaitu Telga Air.
1 daripada 20 buah telaga sedang dalam pembinaan. Telaga yang ingin kami ajak anda wakafkan kepada mereka adalah telaga berteknologi tinggi (Upper Borehole Water Well).
Tuan/puan, sebenarnya besar sangat ganjaran jika kita wakafkan air bersih kepada mereka yang memerlukan. Tidak akan putus ganjaran pahala yang mengalir hasil daripada wakaf kita ini. Ayuh kita jadikan hidup saudara kita di sana lebih baik dengan berwakaf atas telaga air bersih Afrika.