WAKAF BANGUNAN PENGAJIAN ISLAM UNTUK SAUDARA

SEISLAM JEPUN



“Pusat Pembangunan Belia MyFundAction” atau singkatannya MYDC.

Impian menjadi kenyataan untuk belia Islam.

Kita tahu pada era ini, saudara baru kita yang baru memeluk agama Islam tidak mempunyai contoh teladan yang soleh dan tunjuk ajar yang khusyuk, jadi kami berhasrat untuk menyediakan belia kami dengan bimbingan yang diperlukan untuk membangunkan diri mereka dan memberi manfaat kepada komuniti setempat mereka. 


Bagaimanakah MYDC akan membantu?

Banyak kajian menekankan tentang keperluan pembangunan rohani dalam membina generasi yang sihat dari segi mental, dan, seterusnya, personaliti kepimpinan yang berani.


Pusat Pembangunan Belia ini dibina untuk menjadi pusat membentuk anak muda islam dan Mualaf baru di Jepun. Jumlah mualaf makin meningkat di Jepun tetapi kekurangan orang untuk membimbing mereka setelah bersyahadah.



 

Kenapa pembinaan MYDC amat penting untuk mereka?




Masjid dan Surau yang terhad

Penduduk Islam di Jepun berhadapan dengan kesukaran untuk melakukan ibadah apabila fasiliti yang wujud di sana amatlah terhad. Mereka terpaksa beribadah di ruang-ruang yang sempit. Lebih menyedihkan apabila mereka tidak dapat solat secara berjemaah dalam jumlah yang ramai, hingga terpaksa solat secara bergilir-gilir.


Tiada Pusat Bimbingan Islam

Sebagai saudara baru dalam Islam sememangnya memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang mendalam tentang Islam. Sokongan ini amat diperlukan dari semua peringkat, tidak terkecuali juga dari Muslim yang lain. Justeru, MyFundAction ingin menjadi antara yang memberi sokongan kepada saudara Islam di Jepun sebagaimana yang diteladankan oleh Golongan Muhajirin dan Ansar yang saling membantu demi menyebarkan Islam. 


وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۖوَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ

Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan ) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya (Al Maidah ayat 2)


Kekurangan anak muda Muslim Jepun untuk mengembangkan Islam di Jepun

MYDC ini juga berfungsi sebagai pusat bimbingan pemuda Muslim di Jepun untuk pelbagai kemahiran antaranya, kebolehpasaran graduan serta kemahiran sosial.


Tiada pusat yang dapat mengumpulkan semua mualaf baru Jepun

Bilangan mualaf baru di Jepun menjadi antara sebab MYDC ini perlu dibangunkan. Pusat ini juga berfungsi sebagai one stop center untuk mualaf baru menginap dan menghadiri kelas


SASARAN KAMI ADALAH UNTUK MENCAPAI 5 JUTA USD UNTUK KOS TERTUNGGAK BANGUNAN PENGAJIAN ISLAM INI



Jom sama-sama menjadi tangan-tangan yang membantu pembangunan Pusat Pengajian Islam ini.

Tak mahukah kita menjadi golongan yang berlumba-lumba mengejar kebaikan?  Allah telah menjanjikan habuan yang besar kepada sesiapa yang menggunakan rezeki ke jalan Allah seperti yang disebut dalam sebuah hadis:


Rasulullah saw bersabda: "Keutamaan orang yang membangun masjid lillahi ta'ala, maka Allah swt akan membangunkan untuknya yang seperti itu di syurga".

(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)


Berikut adalah rujukan pakej yang disediakan:


       Package Firdaus – RM1,000

Package Na-im – RM300

Package Ma'wa - RM100

       Package Mawaddah  RM50


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Package A - RM1,000
Package B - RM300
Package C - RM100
Package - RM50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090