Gelombang Mualaf di Jepun Mengejutkan!
Ratusan rakyat Jepun memilih Islam sehinggakan dalam sebulan, setiap 2 hari, akan ada seorang mengucapkan syahadah di hadapan Haji Sugimoto. Mari kita bantu usaha dakwah insan hebat ini!
Ratusan rakyat Jepun memilih Islam sehinggakan dalam sebulan, setiap 2 hari, akan ada seorang mengucapkan syahadah di hadapan Haji Sugimoto. Mari kita bantu usaha dakwah insan hebat ini!
Islam Penawar Krisis Mental di Jepun
Permasalahan mental di Jepun kian serius akibat tekanan kerja, isolasi sosial, dan stigma kesihatan mental. Keadaan ini membuatkan mereka dahagakan ketenangan.
Sehingga akhirnya mereka didorong untuk bertemu dengan sosok pendakwah, Haji Sugimoto yang sangat aktif menjalankan aktiviti keagamaan di seluruh Jepun.

Dia telah menyaksikan ramai mengucapkan syahadah dan juga yang berminat mendalami Islam kerana pendekatannya menyampaikan dalam bahasa ibundanya sendiri.
Ini antara sebab mengapa usaha Haji Sugimoto layak dibantu:
- Beliau sangat aktif berdakwah. Hampir setiap minggu akan ada program yang dianjurkan terutamanya di bulan Ramadan
- Beliau turut menterjemah Al-Quran ke dalam bahasa Jepun dan aktif mengedarkannya sesuai dengan budaya mereka yang gemar membaca
- Kajian dari Universiti Waseda mendapati Jepun kini menjadi rumah bagi lebih dari 250, 000 Muslim
- Masjid juga semakin bertambah dari 15 buah pada 1999 ke 113 buah pada masa kini
- Pertambahan ini menunjukkan betapa ramai mualaf perlu dibimbing sebaiknya melalui usaha dakwah seperti yang dijalankan Haji Sugimoto
Misi Dakwah Jepun!
MyFundAction bersama Haji Sugimoto nekad untuk membimbing mualaf dan non-muslim Jepun mendalami Islam.
Pelbagai aktiviti dakwah telah dan bakal dijalankan termasuklah:
- Festival Kebudayaan
- Ekspo Makanan Hala
- Kelas Al-Quran
- Kelas Fardhu Ain dan Tauhid
- Pembinaan Pusat Pembangunan Belia & Kebudayaan Jepun (dalam proses)
Program ini berjaya mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuklah dari kalangan pelajar dan pekerja.
![]()
Rangkuman Aktiviti Dakwah Termasuk di Jepun


Sahut Peluang Dakwah di Bumi Sakura!
Sahut Peluang Dakwah di Bumi Sakura!
InshaAllah jika kita membantu untuk aktiviti dakwah, setiap orang yang mendapat hidayah dan mengamalkan Islam akan menjadi pahala berterusan bagi kita. Subhanallah besar ganjarannya bukan?
Rasulullah ﷺ bersabda:"Barang siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."(HR Muslim, No. 1893)
Walaupun kita tidak terlibat secara terus dalam aktiviti dakwah di Jepun ini, sekurang-kurangnya terpalit sedikit rezeki kita dalam usaha murni ini!
InshaAllah jika kita membantu untuk aktiviti dakwah, setiap orang yang mendapat hidayah dan mengamalkan Islam akan menjadi pahala berterusan bagi kita. Subhanallah besar ganjarannya bukan?
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barang siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."
(HR Muslim, No. 1893)
Walaupun kita tidak terlibat secara terus dalam aktiviti dakwah di Jepun ini, sekurang-kurangnya terpalit sedikit rezeki kita dalam usaha murni ini!