Sumatra & Aceh Digoncang Banjir Dahsyat
Banjir besar akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu berubah menjadi bencana buat warga di Sumatra menjejaskan 3.3 juta penduduk.
Kerosakan daripada banjir besar ini telah memutuskan jalan-jalan utama hingga akses bantuan makanan, ubat-ubatan dan bantuan (SAR) sangat terhad.
![]()

Misi Bantuan Ke Sumatra Indonesia
Pada 28 Januari, Khamis lalu, MyFundAction telah turun padang ke Aceh, Indonesia bagi menyalurkan bantuan secara langsung kepada mangsa banjir dan tanah runtuh.
![]()

Sebanyak 20 tan bantuan kemanusiaan merangkumi makanan dan keperluan asas telah diagihkan kepada komuniti terjejas hasil kerjasama pelbagai pihak.
![]()

Beberapa daerah termasuk Pidie Jaya, Bireuen, Aceh Utara, Aceh Timur dan Aceh Tamiang.
![]()
![]()
Terima kasih #JiwaBaik yang sudi berkongsi rezeki. Semoga setiap kebaikan ini menjadi asbab urusan saudara kita di Indonesia dipermudahkan dan diberi kekuatan menghadapi ujian.


"Barangsiapa yang melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat"
[Petikan Hadis Riwayat An-Nawawi dan Muslim]
.png)



