Rezeki Dikongsi, Ringankan Jiwa yang Sedang Diuji


Masih ada perut kosong yang ternanti-nanti huluran anda

Mereka tidak minta banyak hanya sekotak "Rezeki Ummat" untuk bertahan.


Antara Kisah Disebalik Air Mata

Di sebalik kepesatan arus pembangunan, terdapat lebih 400,000 keluarga yang masih terhimpit di bawah garis kemiskinan tegar, di mana kelangsungan hidup harian sering kali dibayangi oleh kebimbangan yang mendalam.


Bagi golongan ini, rasa lapar bukan lagi satu fasa sementara, melainkan satu realiti pahit yang perlu dihadapi setiap hari demi meneruskan sisa kehidupan yang penuh kepayahan.

Sehubungan itu, MyFundAction dengan penuh tekad tampil sebagai jambatan kebaikan melalui Projek Rezeki Ummat bagi membela nasib mereka yang terpinggir ini.


Misi kami adalah untuk menoktahkan kadar kemiskinan tegar dan memastikan tiada lagi individu yang terpaksa menahan kelaparan dalam kesunyian.



Daripada Anda Untuk Mereka

Melalui projek ini , kami membawa lebih daripada sekadar bantuan, ia adalah harapan untuk masa depan lebih baik.


Di MyFundAction, kami percaya tiada keluarga yang harus melalui Ramadan sendirian.

Melalui Kotak Rezeki Ummat, kami membawakan bantuan makanan, kelegaan, dan sinar harapan buat mereka.




Antara barangan yang terdapat di dalam kotak Rezeki Ummat adalah:


 

Hadirnya kotak ini membawa makna besar tanda keprihatinan agar tiada yang terpinggir pada bulan yang mulia.


Alhamdulillah, sejak 2020, kami telah menyampaikan amanah anda kepada mereka yang memerlukan di  seluruh 14 negeri di Malaysia .




Namun, target kami untuk tahun ini masih jauh lagi dan amat memerlukan bantuan dan sokongan anda semua.
Setiap kotak yang sampai ke tangan mereka adalah bukti kasih dan peduli anda.


Penerima Edaran Kotak Rezeki Ummat
Antara gambar-gambar edaran kotak Rezeki Ummat yang telah dijalankan: 


Jom Jiwa Baik, salurkan barangan keperluan asas untuk saudara kita. Moga dengan kebaikan kita, tiada keluarga lagi yang mengikat perut demi memastikan esok harinya masih berbaki makanan.


Disclaimer:

1) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk  Pengurangan Cukai LHDN.  Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat  sekurang-kurangnya RM50 , layak untuk memohon pengurangan cukai.    



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Premium - Bantu RM750
Standard - Bantu RM300
Basic - Bantu RM150
Seikhlas Hati 50
Seikhlas Hati 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN