Wakaf Bina Semula Surau Al-Thohiriah Yang Usang



Di kebanyakan tempat di Indonesia, masih ada surau yang rosak akibat bencana, terbengkalai, atau dah makin usang.

Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, penduduk setempat tetap rajin solat berjemaah, mengaji, dan menghidupkan aktiviti keagamaan di situ.

Antaranya termasuklah Surau Al-Thohiriah di Bogor, Jawa Barat. Dah lebih 12 tahun mereka beribadah di surau yang tiada pintu, tiada lampu, malah tiada tempat wuduk. 

Surau Al-Thohiriah

Bila hujan turun, air masuk ke dalam sampai lantai basah dan tak selesa langsung nak solat.

Kebanyakan jemaah kat sini ialah mualaf yang ada semangat berkobar-kobar nak belajar Islam, tapi kemudahan yang serba kekurangan macam ni buatkan perjuangan mereka jadi makin sukar. 


Hampir sembilan tahun berlalu, pergerakan kelas mengaji masih tetap berteduh di sebuah kediaman serba ringkas berukuran 2 × 4 meter.

Kanak-kanak di sana perlu menggunakan lampu suluh untuk mengaji pada waktu malam. Ini kerana, keadaan elektrik di sana tidak canggih. Kadang-kadang, bekalan akan terputus sepenuhnya.


Saf juga akan panjang sampai ke luar dengan hanya ada 1 kipas sahaja.

Di sebalik pelbagai cabaran persekitaran, hasrat dan harapan masyarakat di sana tidak pernah padam. Mereka merindui sebuah surau yang sempurna untuk dijadikan tiang ibadah dan pusat pendidikan agama komuniti.


Program 100 Kubah

Kisah Surau At-Thohiriah baru sedikit daripada banyak lagi surau dan masjid yang perlukan bantuan kita. Sebab itulah Program 100 Kubah ini ditubuhkan. Ia untuk bantu bina semula dan baiki rumah ibadah di tempat-tempat yang memerlukan.

Inisiatif ini mengajak kita semua untuk berganding bahu mewujudkan tempat solat yang selesa, sekali gus menjadikan tempat anak-anak belajar agama dan mengeratkan hubungan masyarakat setempat. 


Projek Pembangunan yang Telah Sempurna:

  • Masjid Baitul Iman – Cianjur
  • Surau Kampung Jamilega – Cianjur
  • Surau Al Ikhlas – Patia, Banten
  • Surau Al Bidayah – Dusun Tanak Bise, Lombok
  • Surau Baitul Annur – Kokoda, Papua Barat Daya

Projek Pembangunan yang Sedang Giat Dijalankan:

  • Surau Ar Rayan – Aceh Tamiang
  • Surau Ar Rahman – Papua
  • Surau Assyuhada – Manado, Sulawesi Utara

Sewaktu ramai antara kita boleh bersolat dengan selesa di tempat ibadah yang serba lengkap, masih ada saudara kita di pelbagai pelosok negeri yang perlu beribadah dan mempelajari agama dalam keadaan serba kekurangan.


Setiap rezeki yang anda kongsikan, walau sekecil mana pun, adalah pelaburan akhirat yang pahalanya tidak akan terputus. Bersama kita jayakan pembangunan semula dan pembaikan masjid ini demi kemakmuran ummah.

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

«خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ»

(HR. Ahmad)

Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.


Disclaimer:

Jika kutipan untuk surau ini telah mencukupi, kutipan selebihnya akan disalurkan untuk membangunkan masjid lain yang dituliskan di bawah Program 100 Kubah yang mempunyai objektif dan manfaat yang sama.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
20 Lot Wakaf - RM1000
10 Lot Wakaf - RM500
3 Lot Wakaf - RM150
1 Lot Wakaf - RM50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60102009910