Khidmat Kesihatan Percuma Terus Ke Rumah Pesakit!
Dengan Mobile Clinic MyHeart, harapan ini akan menjadi nyata. Kami sasarkan lebih 5,000 pesakit setiap tahun akan mendapat manfaat.

Tiada Lagi Halangan Jarak & Kos
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, kira-kira 12.9% rakyat Malaysia tidak mendapatkan rawatan kesihatan sepanjang tahun lalu kerana kekangan kewangan.
Laporan itu juga menyatakan banyak aduan orang awam mengenai kesesakan dan masa menunggu yang panjang di hospital-hospital kerajaan.
Bayangkan jika keluarga anda atau orang tersayang tengah sakit tetapi terpaksa melupakan rawatan kerana kekangan kewangan dan jarak, ditambah pula waktu menunggu yang begitu lama.
- Golongan Asnaf & B40
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Warga Emas
- Mangsa Bencana
- Orang Asli
Penjagaan Kesihatan Tanpa Batasan
Inisiatif Mobile Clinic MyHeart membuka peluang besar bagi para petugas kesihatan yang ingin menyertai program kemanusiaan, sambil menyumbang tenaga kepada pesakit-pesakit kurang berkemampuan.
Melalui perkhidmatan ini, kami menyediakan pelbagai jenis rawatan khusus termasuk:
- Pencucian Luka: Merawat luka akibat kemalangan, diabetes, dan lain-lain
- Penukaran Alat Perubatan: Penggantian beg stoma, tiub trakeostomi, tiub makanan, dan urinari
- Perkhidmatan Kecemasan Ringkas: Memberi rawatan awal bagi kecemasan kecil
- Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
- Rawatan Luka
- Pemeriksaan Kesihatan Asas: Memantau tekanan darah, kolesterol dan gula dalam darah
-
Pendidikan dan Promosi Kesihatan: Memberi kesedaran dan ilmu kepada pesakit untuk penjagaan kesihatan jangka panjang.
Lebih Banyak Nyawa Dapat Diselamatkan Jika Anda Berikan Sokongan!
Setiap sokongan anda membawa perubahan. Ramai yang telah mendapat manfaat daripada hasil kerjasama jiwa baik yang prihatin dan sudi berkongsi rezeki.
Dengan menyokong inisiatif ini, anda membantu kami meluaskan akses kepada rawatan yang amat diperlukan.
Buat Perubahan yang Kekal
Mobile Clinic MyHeart memerlukan pembiayaan yang besar, terutamanya untuk kelengkapan perubatan yang mahal dan penyelenggaraan kenderaan secara berkala untuk memastikan keselamatan pesakit dan petugas kami dalam setiap perjalanan.
Tanpa sokongan anda, inisiatif ini mungkin tidak dapat diteruskan, dan ramai yang memerlukan akan terpinggir tanpa akses kepada rawatan yang sepatutnya.

Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain melalui perkhidmatan Klinik Bergerak MyHeart. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.