Dakwah Haji Sugimoto cetus fenomena di Jepun!
Berpenampilan sederhana dan pandai bertinteraksi membuatkan ratusan rakyat Jepun memilih Islam sehinggakan tidak menang tangan buat dirinya untuk melayani 'keluarga baru'.
Dalam sebulan hampir setiap dua hari, akan ada seorang mengucapkan syahadah di hadapan Haji Sugimoto. Mari kita bantu usaha dakwah insan hebat ini!

Keprihatinan rakyat Malaysia bantu Sugimoto berdakwah!
Permasalahan tiada tempat belajar dan kekangan guru agama di Jepun adalah masalah utama buat dirinya yang ingin menyebarkan dakwah islam secara meluas di dalam negara matahari terbit itu.
Kebanyakkan rakyat Jepun mengalami masalah tekanan kerja, isolasi sosial, dan stigma kesihatan mental. Keadaan ini membuatkan mereka dahagakan ketenangan.
Sehingga akhirnya mereka didorong untuk bertemu dengan sosok pendakwah, Haji Sugimoto yang sangat aktif menjalankan aktiviti keagamaan di seluruh Jepun.

Dia telah menyaksikan ramai mengucapkan syahadah dan juga yang berminat mendalami Islam kerana pendekatannya menyampaikan dalam bahasa ibundanya sendiri.
Ini antara sebab mengapa usaha Haji Sugimoto layak dibantu:
- Beliau sangat aktif berdakwah. Hampir setiap minggu akan ada program yang dianjurkan terutamanya di bulan Ramadan
- Beliau turut menterjemah Al-Quran ke dalam bahasa Jepun dan aktif mengedarkannya sesuai dengan budaya mereka yang gemar membaca
- Kajian dari Universiti Waseda mendapati Jepun kini menjadi rumah bagi lebih dari 250, 000 Muslim
- Masjid juga semakin bertambah dari 15 buah pada 1999 ke 113 buah pada masa kini
- Pertambahan ini menunjukkan betapa ramai mualaf perlu dibimbing sebaiknya melalui usaha dakwah seperti yang dijalankan Haji Sugimoto
Ayuh Kita Laksanakan Misi Dakwah Jepun!
MyFundAction bersama Haji Sugimoto nekad untuk membimbing mualaf dan non-muslim Jepun mendalami Islam.
Pelbagai aktiviti dakwah telah dan bakal dijalankan termasuklah:
- Festival Kebudayaan
- Ekspo Makanan Hala
- Kelas Al-Quran
- Kelas Fardhu Ain dan Tauhid
- Pembinaan Pusat Pembangunan Belia & Kebudayaan Jepun
Program ini berjaya mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuklah dari kalangan pelajar dan pekerja.

Sahut Peluang Dakwah di Bumi Matahari Terbit!
Sahut Peluang Dakwah di Bumi Matahari Terbit!
InshaAllah jika kita membantu untuk aktiviti dakwah, setiap orang yang mendapat hidayah dan mengamalkan Islam akan menjadi pahala berterusan bagi kita. Subhanallah besar ganjarannya bukan?
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barang siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."
(HR Muslim, No. 1893)
Walaupun kita tidak terlibat secara terus dalam aktiviti dakwah di Jepun ini, sekurang-kurangnya terpalit sedikit rezeki kita dalam usaha murni ini!