Hanya kicap dan telur jadi makanan harian kami!
Itulah luahan puan Rahimah apabila memberitahu juadah makanan mereka anak beranak hanya ikan dan lauk telur.
"Alhamdulillah, anak-anak semua faham dan mereka tidak memberontak. Pernah juga putus tiada makanan terpaksa pinjam duit untuk beli makanan.
"Bila lihat mereka (anak) kita hanya mampu bersabar, insyallah Allah akan bantu bagi rezeki dekat kita. Allah maha mendengar," katanya.
Menurutnya, ramai yang mempertikaikan dengan kedua pasangan ini yang dikurniakan zuriat 11 orang.
"Macam mana jaga anak ramai, mesti mereka merata-rata tak dapat perhatian kami. Saya dan suami hanya mampu tersenyum bila mendengar kata-kata sebegitu.
Sudah jatuh ditimpa tangga, penyakit radang hempedu datang menyerang.
Puan Rahimah menceritakan pernah berada dalam keadaan paling terendah dalam hidupnya apabila diserang penyakit merbahaya.
"Terlantar di unit kecemasan dan didapati mengalami masalah penyakit radang hempedu kena amik risiko sendiri. Saya juga cuba berubat kampung dn keadaan anak-anak terabai.
"Suami terpaksa berhenti kerja dan anak-anak terpaksa berpisah sementara. Suami nak pergi hospital terpaksa naik bas disebabkan tiada duit," katanya.
Di luar sana ada ribuan bahkan ratusan ribu fakir miskin yang kurang bernasib baik. Hidup mereka hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Dengan keadaan ekonomi sekarang yang cukup mencabar, ramai yang berdepan situasi sukar sampaikan terpaksa berhutang untuk beli barang dapur.
Usaha Menoktahkan Kemiskinan Tegar di 4 buah Negeri
Statistik dari Bahagian Perangkaan Malaysia menyatakan lebih 100,000 keluarga hidup di bawah garis kemiskinan! Ramai yang bergelut dengan kesempitan hidup.
Dengan keadaan ekonomi sekarang yang cukup mencabar, ramai yang berdepan situasi sukar sampaikan ada yang terpaksa berhutang apatah lagi yang sanggup mencuri untuk beli barang dapur. Dahulu, barangan dapur sejumlah RM100 boleh memenuhkan separuh troli, namun kini tidak lagi.
MyFundAction dengan rendah hati bertekad untuk terus berbakti dalam usaha menoktahkan kadar kemiskinan (Zero Poverty) melalui Projek Rezeki Ummat khususnya di empat buah negeri yang mencatatkan kadar kemiskinan paling tinggi.
Inisiatif Kami Untuk Meringankan Beban Mereka
Daripada Abdullah bin Amru r.a:
Bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Apakah amalan terbaik dalam Islam?’
Baginda bersabda, ‘memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Rezeki Ummat atau RU merupakan projek MyFundAction bagi meringankan beban kelompok berpendapatan rendah dan menengah dengan menyediakan keperluan Makanan Asas.
Matlamatnya adalah untuk terus meningkatkan kualiti hidup isi rumah B40 di Malaysia melalui kemampanan dan kesejahteraan ekonomi.
Antara barangan yang terdapat di dalam kotak Rezeki Ummat adalah:
Beras 5 kg
Kicap
Sos
Teh
Makanan dalam tin (Sardin, Sambal Bilis, Susu Pekat)
Minyak Masak
Tepung, Gula, Garam
Bihun & Mee Kering
Jom Sertai Kami Ringankan Beban Mereka!
Hadiahkan Kotak Rezeki Ummat:
PAKEJ PREMIUM - RM750
PAKEJ STANDARD - RM300
PAKEJ BASIC - RM150
Semoga setiap ringgit kita kongsikan dapat membantu meringankan beban mereka. Amiin.