30 Hari Mengaut Pahala


      Ramadan Ini, Jangan Biarkan Asnaf Terus Menangis Dalam Diam



    Ramadan ini bukan sekadar lapar dahaga, tapi ujian buat mereka yang memang dah lama mengikat perut.

       

    “Hari ini kami hanya makan nasi putih dengan garam. Esok belum tentu ada makanan.” luahan salah seorang penerima .




    Di sebalik kemeriahan bazar Ramadan, ada ribuan keluarga yang sedang menelan pahitnya kemiskinan.


    Statistik dari Bahagian Perangkaan Malaysia menyatakan lebih 100,000 keluarga hidup di bawah garis kemiskinan! Ramai yang bergelut dengan kesempitan hidup.


    Dengan keadaan ekonomi sekarang yang cukup mencabar, ramai yang berdepan situasi sukar sampaikan ada yang terpaksa berhutang apatah lagi yang sanggup mencuri untuk beli barang dapur. Dahulu, barangan dapur sejumlah RM100 boleh memenuhkan separuh troli, namun kini tidak lagi.


    MyFundAction dengan rendah hati bertekad untuk terus berbakti dalam usaha menoktahkan kadar kemiskinan (Zero Poverty) melalui Projek Rezeki Ummat khususnya di empat buah negeri yang mencatatkan kadar kemiskinan paling tinggi.





    Setiap pek RTE ini bukan sekadar makanan, tapi kekuatan untuk mereka menyempurnakan puasa.


    Ia adalah tanda kita peduli pada ribuan keluarga yang sering terpinggir.


    Moga dengan agihan ini, mereka beroleh kekuatan untuk terus bertahan di bulan mulia ini.



    Ribuan kanak-kanak yang sudah berhari-hari tidak menjamah makanan, dapatlah merasa sedikit kekenyangan. 


    Dan mudah-mudahan, apa yang kita kongsikan ini, menjadi salah satu daripada amal-amal yang diterima Tuhan.


    Pek sedia dimakan adalah hasil daging korban yang dilaksanakan yang diproses menggunakan teknologi retort. Mampu bertahan sehingga 2 tahun serta dijamin  TANPA PENGAWET!   


    Matlamatnya adalah untuk terus meningkatkan kualiti hidup isi rumah B40 di Malaysia melalui kemampanan dan kesejahteraan ekonomi.



    Hadiahkan Pek RTE untuk mereka:

    Kongsi 100 Pek Ready-To-Eat (10 keluarga) - RM2000

    Kongsi 30 Pek Ready-To-Eat (3 keluarga) - RM600

    Kongsi 10 Pek Ready-To-Eat (1 keluarga) - RM200

    Kongsi 2 Pek Ready-To-Eat - RM40


    Semoga setiap ringgit kita kongsikan dapat membantu meringankan beban mereka. Amiin.


    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    PILIHAN SUMBANGAN

    Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
    Kongsi 75 Pek Ready-to-Eat (10 Keluarga) - RM1500
    Kongsi 30 Pek Ready-to-Eat (3 Keluarga) - RM600
    Kongsi 10 Pek Ready-to-Eat (1 Keluarga) - RM200
    Kongsi 2 Pek Ready-to-Eat - RM40
    Seikhlas Hati
    JUMLAH
    JUMLAH KESELURUHAN (RM)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

    BUTIRAN PENYUMBANG

    BUTIRAN SUMBANGAN


    PENGESAHAN