Pahang Menangis Dalam Diam,Ada Keluarga Masih Hidup Dalam Kemiskinan Tegar!
Di luar sana ada ribuan bahkan ratusan ribu fakir miskin yang kurang bernasib baik. Hidup mereka hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
“Hari ini kami hanya makan nasi putih dengan garam. Esok belum tentu ada makanan.” Luah seorang penerima di Kuala Lipis, Pahang
Kisah Duka Di sebalik kehijauan hutan dan ketenangan sungai-sungai di Pahang, ada ribuan keluarga yang sedang bertarung dengan realiti hidup yang sangat perit.
Statistik dari Bahagian Perangkaan Malaysia menyatakan lebih 100,000 keluarga hidup di bawah garis kemiskinan! Ramai yang bergelut dengan kesempitan hidup.
Dengan keadaan ekonomi sekarang yang cukup mencabar, ramai yang berdepan situasi sukar sampaikan ada yang terpaksa berhutang apatah lagi yang sanggup mencuri untuk beli barang dapur. Dahulu, barangan dapur sejumlah RM100 boleh memenuhkan separuh troli, namun kini tidak lagi.
MyFundAction dengan rendah hati bertekad untuk terus berbakti dalam usaha menoktahkan kadar kemiskinan (Zero Poverty) melalui Projek Rezeki Ummat khususnya di empat buah negeri yang mencatatkan kadar kemiskinan paling tinggi.
Tahun ini, kami menyasarkan agihan sebanyak 175,000 pek daging korban ke seluruh dunia. Merentasi sempadan geografi dan negara, melalui ratusan misi yang telah dirancang bersama rakan pelaksana kami di lapangan.
Setiap pek RTE yang kita hadiahkan ini bukan sekadar makanan.
Ia adalah harapan buat mereka yang sedang diuji dengan kelaparan. Ia adalah tanda keprihatinan buat sekian ramainya keluarga yang terpinggir daripada akses makanan.
Mudah-mudahan, daripada agihan itu nanti; Puluhan ribu keluarga yang sedang kelaparan akan beroleh kekuatan untuk bertahan.
Ribuan kanak-kanak yang sudah berhari-hari tidak menjamah makanan, dapatlah merasa sedikit kekenyangan.
Dan mudah-mudahan, apa yang kita kongsikan ini, menjadi salah satu daripada amal-amal yang diterima Tuhan.
Pek sedia dimakan adalah hasil daging korban yang dilaksanakan yang diproses menggunakan teknologi retort. Mampu bertahan sehingga 2 tahun serta d ijamin TANPA PENGAWET!
Rezeki Ummat atau RU merupakan projek MyFundAction bagi meringankan beban kelompok berpendapatan rendah dan menengah dengan menyediakan keperluan Makanan Asas.
Matlamatnya adalah untuk terus meningkatkan kualiti hidup isi rumah B40 di Malaysia melalui kemampanan dan kesejahteraan ekonomi.
Antara barangan yang terdapat di dalam kotak Rezeki Ummat adalah:
Beras 5 kg
Kicap
- Sos
- Teh
- Makanan dalam tin (Sardin, Sambal Bilis, Susu Pekat)
Minyak Masak
Tepung, Gula, Garam
Bihun & Mee Kering
Jom Sertai Kami Ringankan Beban Mereka!
Hadiahkan Kotak Rezeki Ummat:
PAKEJ PREMIUM - RM750
PAKEJ STANDARD - RM300
PAKEJ BASIC - RM150
Semoga setiap ringgit kita kongsikan dapat membantu meringankan beban mereka. Amiin.