Rebut Peluang Bersenam Sambil Beramal
Bersama Hanis!
Berkongsi Rezeki di Bulan Ramadan Adalah Lebih Baik Daripada Bulan yang Lain!
Ramadan 2025 Yang Lebih Baik Buat Kita Semua
Bulan Ramadan, Bulan Mulia. Setiap amalan mendapat pahala yang dilipatgandakan. Ramadan 2025, MyFundAction ingin mengajak Tuan/ Puan untuk tambah pahala dengan membahagiakan orang lain.
Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesungguhnya amal yang paling disukai Allah SWT setelah melaksanakan berbagai hal yang wajib adalah menggembirakan muslim yang lain" [Riwayat Ibnu Abbas]
Aktiviti pengagihan makanan sewaktu program Special Iftar for Ummah di Afrika. Gambar: MyFundAction
Ada antara mereka yang tinggal di negara bergolak seperti di Palestin dan Syria yang terpaksa tinggal di kem pelarian, bergantung sepenuhnya kepada bantuan makanan.
Apatah lagi di bulan Ramadan. Bagaimana agaknya mereka ingin menjalani ibadah puasa di dalam kesempitan? Cukupkah makanan untuk mereka bersahur dan berbuka nanti?
Penduduk yang dipindahkan akibat perang antara Israel dan Hamas menunggu untuk mendapatkan semangkuk sup kacang dal . Gambar: Loay Ayyoub/ Washington Post
Rezeki Dikongsi, Bahagia Diraikan


Komuniti PoundwithHanis
Jom bersama Hanis, kita raih keberkatan dengan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan, sambil menggerakkan tubuh untuk kesihatan yang lebih baik.
Bersedekah bukan hanya melapangkan rezeki, tetapi juga mendekatkan hati kepada Allah. Ayuh, jadikan setiap langkah kita sebagai ibadah – sihatkan badan, suburkan jiwa!

Sekumpulan kanak-kanak sedang menjamu juadah berbuka di Masjid yang dibina oleh #jiwabaik MyFundAction
Bayangkan betapa besarnya pahala memberi makan mereka yang berpuasa. Kita peroleh amal berkali ganda, manakala mereka yang menerima pun turut berasa bahagia.
Dua orang kanak-kanak di rumah anak yatim yang kami santuni dalan salah satu program anjuran MyFundAction. Gambar: MyFundAction
Seorang kanak-kanak perempuan Syria ketika edaran bulan Ramadan di kem Idlib, Syria. Gambar: MyFundAction
Pasti Lebih Bermakna
Dengan Berkongsi Rezeki
Ketika melihat anak-anak tersenyum puas dapat merasa hidangan lazat, pastinya momen sangat yang membahagiakan buat kita dan dia.
Kami ingin mencari 1,000 orang terawal untuk berkongsi rezeki menu iftar istimewa buat anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan. Rebut tempat anda sekarang!
“Dan sesiapa yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa maka dia akan mendapat keampunan atas dosa-dosanya,”