PENYAKIT ARIANNA MESTI DIHENTIKAN!
Ubat Kanser RM11,000 Kunci Hidup Untuk Terus Bertahan

Selamatkan Adik Arianna
Ketika usianya menginjak 6 bulan, ada benjolan timbul di lehernya. Demam yang disangka biasa, rupanya petanda bahawa ujian paling besar dalam hidup Arianna akan datang menerpa.
Ujian demi ujian, penelitian demi penilitian dan sekian banyaknya tusukan jarum yang singgah di tubuhnya, akhirnya pakar mengesahkan bahawa adik Arianna menghidap sejenis penyakit menyerupai kanser dan sangat-sangat jarang berlaku di Malaysia!
Disebabkan penyakit Langerhans - Cell Histiocytosis (LCH) ini, adik Arianna terpaksa mendapatkan rawatan kemoterapi serta ubat-ubatan yang kini kosnya mencecah belasan ribu ringgit.
Ibu dan ayahnya sedaya upaya bertahan mencukupkan segala keperluan. Mungkin, inilah ikhtiar terakhir mereka untuk menghidupkan semula harapan untuk adik Arianna kembali sembuh semula.
Jom jiwa baik, kita sama-sama bantu cukupkan kos rawatan adik Arianna serta pesakit-pesakit MyHeart yang lain.
Terima kasih kerana menyelamatkan nyawa.
Disclaimer:
1) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50, layak untuk memohon pengurangan cukai.
2)
Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit
dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di
Facebook @MyHeartVolunteers.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.