PANGGILAN KECEMASAN!


Jutaan saudara kita di Palestin sedang diuji untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air mereka. Dan peperangan kali ini adalah antara peperangan paling dahsyat pernah terjadi buat mereka.

Setelah lebih 400 hari peperangan bermula, lebih 40,000 nyawa disahkan terkorban (sebahagian besarnya kanak-kanak dan wanita), lebih 100,000 cedera (sebahagian besarnya kritikal) dan jutaan rakyatnya kehilangan tempat tinggal.

Di Tebing Barat terkena juga tempiasnya. Mereka diserang tanpa sebab, dipenjara dan dinafikan hak untuk mendapat rawatan yang sempurna.. Disebabkan itu, kita melihat adanya keperluan mendesak untuk membina sebuah Pusat Rawatan di Umm Al-Khair, Tebing Barat, Palestin.




Pusat perubatan ini akan memberi manfaat kepada mereka yang:
  • Menghabiskan 3 jam untuk pergi ke hospital terdekat.
  • Kesukaran untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan.
  • Meninggal dunia sebelum mendapat rawatan.

Kami telah mula mengumpul kos untuk pusat perubatan dan akan memulakan operasi selepas Tebing Barat diisytiharkan selamat untuk tinggal.


Gambar pusat rawatan yang akan dibina di Umm Al-Khair, Tebing Barat, Palestin


Palestine Medical Centre adalah sebuah pusat perubatan:

✅ Menyediakan kemudahan kepada 20,000 rakyat Palestin yang tinggal di Um Al Khair

✅ Memberi rawatan kecemasan yang pantas terutamanya bagi rakyat Palestin yang cedera

✅ Membantu ibu mengandung untuk melahirkan bayi


Puluhan ribu akan menerima manfaat secara langsung dengan pembinaan pusat rawatan ini. Atas dasar kemanusiaan, ayuh salurkan bantuan kecemasan buat saudara-saudara kita di Palestin sebagai solidariti kita bersama.





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Om Al-Khair RM1500
Wakaf Om Al-Khair RM500
Wakaf Om Al-Khair RM300
Wakaf Om Al-Khair RM100
Wakaf Om Al-Khair RM50
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090