Tersentuh Dengan Keteguhan Rakyat Palestin, Ramai Belia Barat Peluk Islam

"Saya 'WAJIB' baca buku ini (Quran) untuk mencari apa yang membuatkan mereka (rakyat Palestin) begitu teguh dengan agama,"

- Abbey Hafez, TikToker Amerika Terkenal



Seakan satu trend di barat, ramai mula menunjukkan minat terhadap Islam, bertentangan dengan apa yang telah dipertontonkan pihak media barat selama berpuluh tahun. 


Revolusi ini dipercayai akibat tersebarnya video-video penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin di media sosial sepanjang konflik, secara tidak langsung membuka mata mereka sehingga ada yang meninggalkan agama mereka yang lama.



Dari golongan selebriti hingga ke aktivis berpengaruh, trend memeluk Islam ini semakin meningkat di media sosial sejak Oktober tahun lalu.



Fenomena Penerimaan Islam Melalui Isu Palestin





Antara mereka yang telah memeluk agama Islam ialah seorang TikToker Amerika terkenal iaitu Abbey Hafez, seorang profesor dari University California, Henry Klassen dan bekas pemain bola Sepanyol, Jose Ignacio Peleteiro.


Australia juga tidak terlepas dengan fenomena ini di mana sejumlah 30 orang wanita telah mengucap syahadah beramai-ramai di Melbourne, asbab melihat keteguhan iman rakyat Palestin.




Mereka Perlukan Bimbingan Sebagai Seorang Muslim Minoriti




Menurut satu kajian Islamic Society of Britain, jumlah mualaf di UK telah meningkat sehingga 50% sejak konflik di Gaza.


Trend yang sama turut berlaku di negara lain termasuk, Amerika, Kanada, Australia, Perancis, Jerman dan Sepanyol di mana organisasi Muslim dan masjid di sana merekodkan peningkatan jumlah penganut Islam baharu.


Namun, ada cabaran yang lebih besar perlu dihadapi oleh mereka. Sebahagian mereka telah disisihkan keluarga, dicemuh oleh masyarakat dan kekeliruan akibat kekurangan didikan dan sokongan agama. 




Pusat Belia Muslim Antarabangsa - Solusi Terbaik untuk Mereka!





Bagi mengatasi masalah ini, mereka perlu mendapatkan bimbingan yang berterusan untuk mengukuhkan iman mereka.


Oleh kerana itulah, MyFundAction Youth Development Center, MYDC, ditubuhkan dan dibuka secara rasmi di Queenstown sebagai lokasi yang pertama.


Dengan tujuan untuk memupuk belia Muslim dan juga mualaf melalui pelbagai aktiviti dan program yang menarik.




Bagaimanakah Caranya untuk Kita Meraikan dan Membantu Mereka? 




Sokongan anda membolehkan kami untuk:


  • Menghadiahkan mereka kit keperluan ibadah (Al-Quran Terjemahan/Iqra', Sejadah, Pakaian solat/Telekung, Tasbih Digital, Video

    bimbingan)

  • Mengadakan kelas pengajian Al-Quran dan Islam secara percuma - Kelas mingguan untuk semua Muslim terutamanya saudara baru.

  • Menganjurkan sesi bimbingan dan motivasi – Untuk terus beri galakan dan motivasi dalam mempelajari ajaran Islam yang sebenar.





مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ

Maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Si apa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”

(Riwayat Muslim)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kelas dan syahadah box (RM200)
Wakaf quran, Sejadah, Telekung, buku panduan Islam (RM150)
Wakaf Quran senaskah (RM60)
Keperluan untuk dakwah di lapangan (RM50)
Seikhlas Hati - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090