Israel Menggila! Hanya 1 Ambulans Sahaja yang Berfungsi di Gaza!
KEJAM! Israel sekali lagi menyambung jenayah genosidnya ke atas Palestin pada hari ke-18 puasa! Lebih tragis, k ali ini terus ke arah kem pelarian dan saki baki rumah penduduk yang masih ada. Allahu...
M engakibatkan hospital Gaza dibanjiri pesakit dan banyak ambulans yang musnah. Ayuh bantu mereka dengan wakaf klinik bergerak agar mereka peroleh bantuan kesihatan yang sangat diperlukan!
Setiap Satu Minit, Satu Orang Terkorban!
Menurut pengarah Hospital Al-Shifa, rakyat Palestin yang cedera, telah terkorban hampir ‘setiap minit’ akibat kekurangan kakitangan dan sumber perubatan.
Banyak berlaku kematian yang sepatutnya dapat dielakkan sekiranya mendapat rawatan yang cepat. Dengan ambulans yang turut diserang, bagaimana caranya untuk mereka mendapatkan rawatan?
Menurut Dr. Razan al-Nahhas, seorang doktor yang menyertai misi rawatan Gaza, apabila ditanya mengenai perasaan rakyat Palestin ketika ini, dia menjawab;
"Mereka marah kepada dunia, mereka marah kepada negara Arab dan Barat! Saya banyak merawat kanak-kanak, bayi dan wanita. Tiada tentera seorang pun! Mereka rasakan nyawa mereka tak bernilai dan tiada siapa peduli,"
Sebagai saudara satu agama, adakah anda peduli?
Ayuh, Wakafkan Klinik Bergerak dan Ambulans!
Perkhidmatan Klinik Bergerak MediGo ialah inisiatif oleh MyFundAction dengan kerjasama MyHeart, yang bertujuan untuk menyediakan akses kesihatan kepada rakyat Palestin.

Antara servis yang bakal diterima rakyat Palestin melalui Mobile Clinic ini adalah:
- Perkhidmatan rawatan pesakit luar (cucian sebarang luka, dll)
- Perkhidmatan rawatan kecemasan (CPR, First Aid)
- Perkhidmatan saringan kesihatan dan khidmat nasihat
- Perkhidmatan pendidikan dan promosi kesihatan
- Pemberitahuan penyakit berjangkit
- Perkhidmatan farmaseutikal (Bekalan ubat-ubatan)
Selain perkhidmatan Mobile Clinic, kami turut membuka peluang kepada anda wakaf ambulans yang sangat diperlukan rakyat Palestin.
Ini bagi memudahkan pesakit kritikal untuk dihantar ke hospital secepat yang mungkin, seterusnya dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa InshaaAllah!

Ganjaran Syurga Menanti! Mari Tunjukkan Kita Peduli!
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barang siapa yang meringankan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat."
— (Hadis Riwayat Muslim, No. 2699)
Membantu menyediakan rawatan kesihatan bagi rakyat Palestin yang sedang menderita ketika ini adalah satu amalan yang sangat mulia di sisi Allah.
Ayuh, kita ringankan beban saudara kita, InshaaAllah dipermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat sana.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barang siapa yang meringankan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat."
— (Hadis Riwayat Muslim, No. 2699)
Membantu menyediakan rawatan kesihatan bagi rakyat Palestin yang sedang menderita ketika ini adalah satu amalan yang sangat mulia di sisi Allah.
Ayuh, kita ringankan beban saudara kita, InshaaAllah dipermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat sana.