URGENT!
WANG MASIH TIDAK CUKUP, NYAWA DIHUJUNG TANDUK BUAT MIKAYLA!
Keadaan adik Mikayla semakin meruncing kerana dikuatiri lubang pada jantungnya kian membesar.
Mikayla perlu jalani pembedahan!
Bantu kumpul RM45,000 segera!
JUMLAH TERKUMPUL
RM21,300
*setakat 29/5/25
![]()
GAJI SUAMI HANYA CUKUP MAKAN PAKAI SAHAJA!
ibu bapanya semakin buntu untuk menyelamatkan anak mereka yang sedang bertarung nyawa.
Bergantung harap kepada suaminya yang hanya berpendapatan RM1,700 sebulan dengan kos rawatan yang tinggi menyukarkan lagi keluarga ini.
Sang suami sanggup melakukan pelbagai pekerjaan demi melihat anaknya pulih seperti kanak-kanak lain.
Bahagia Cuma 5 Hari
Kegembiraan keluarga kecil ini menyam
but kehadiran Mikayla telah diragut apabila bayi yang baru berusia 5 hari itu diserang demam.
Lebih menakutkan apabila tangisan si kecil kedengaran terlalu perlahan dengan dadanya yang berombak laju seakan sesak nafas!
Mikayla terus dikejarkan ke hospital
sebelum
doktor mendapati detak jantungya tidak normal dan harus dipantau rapi.
Sebulan kemudian, sekali lagi Mikayla sesak nafas dan
Doktor baru dapat mengesan lubang bersaiz 2mm pada jantungnya!
"Ibu mana yang mampu melihat anak terpaksa minum susu menggunakan tiub"
Sejak itu, keadaan Mikayla semakin merosot. Berat badannya sukar naik kerana dia mudah penat ketika menyusu.
Sehinggakan dia terpaksa menggunakan tiub bagi memastikan tubuhnya menerima nutrisi yang cukup.
Dalam masa yang sama, mereka sukar mendapatkan pembedahan lanjut kerana tiada pakar di Kelantan.
Buat sementara waktu, hanya ubat yang dapat melambatkan simptom yang dihidapi Mikayla.
Hari demi hari,
lubang pada jantungnya kian membesar
. Doktor sarankan dia perlu
pembedahan segera
.
"Demi anak, saya akan buat apa sahaja" luah Puan Faresya, ibu adik Mikayla. Tiada ibu yang sanggup melihat anak yang masih kecil itu menderita.
Setelah rujuk pelbagai pihak, akhirnya kes
Adik Mikayla dapat dirujuk ke hospital pakar di Kuala Lumpur. Pihak hospital menyarankan pembedahan perlu dilakukan seawal Mac 2025. Namun, sehingga kini
pembedahan ditangguhkan kerana masih tidak cukup wang.
*Lebihan kos pembedahan akan ditanggung oleh pihak MyFundAction
Mikayla Perlukan
RM45K untuk Pembedahan!
Cukupkan kos pembedahan dan keperluan Mikayla. Mikayla tak boleh tangguhkan lagi tarikh pembedahan ini.
Mikayla berisiko kegagalan jantung, tumbesaran terbantut malah juga MAUT!
Doktor menangguhkan pembedahan ke tarikh yang baru. Namun, cabaran terbesar adalah mendapatkan kos rawatan yang tinggi dalam masa yang singkat.
Kos Keperluan Mikayla
Kos Pembedahan (RM 40,000)
Susu Formula Khas & Pampers (RM 5,000)
*Bantuan berterusan selama 6 bulan
Mampu atau tidak, mereka perlu dapatkan jumlah tersebut bagi menyelamatkan nyawa puteri bongsu mereka.
Masih ada lagi ke #JiwaBaik di luar sana yang sudi ringankan beban mereka?
Allah menjanjikan keberkatan kepada orang yang membantu mereka yang memerlukan, termasuk orang sakit. Ini boleh datang dalam bentuk kesihatan yang baik, rezeki yang lancar, dan ketenangan hati.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan
meringankan
kesulitannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan
memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)
Kita mungkin tidak dapat mengubah takdir tetapi kita mampu menjadi asbab untuk meringankan beban yang mereka tanggung.
Disclaimer:
1)
MyHeart telah
mendapat persetujuan daripada pihak keluarga
untuk membuka tabung kutipan pesakit.
2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit
dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di
Facebook @MyHeartVolunteers.
3) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk
Pengurangan Cukai LHDN.
Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
4)
Kos pembedahan akan dibayar terus kepada pihak hospital
5)
Kos keperluan pesakit tidak termasuk kos pengurusan.
*Kos pengurusan amat penting bagi memastikan dana keperluan pesakit tidak terjejas. Tanpa sokongan ini, sebahagian dana pesakit terpaksa digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan bantuan.