Lebih RM 100K+ Diperlukan Setiap Bulan Bagi Menampung Kos Operasi Kelas Mengaji Percuma Pusat Mengaji An-Nur, Sabah.

(Ayuh kongsi rezeki buat para mualaf, asnaf & penduduk pedalaman Sabah untuk terus istiqomah mengaji)

HAKIKAT MUSLIM DI PEDALAMAN SABAH: RAMAI YANG MASIH BUTA HURUF, PERLUKAN BIMBINGAN

Salah satu masalah yang kami dapati sepanjang kami membuat misi kemanusiaan di Sabah adalah, kurangnya kelas agama untuk para muslim terutama di kawasan pedalaman.

Kesan dari itu, ramai saudara Muslim terutama di kawasan pedalaman Sabah mengalami masalah buta huruf kerana:

Berpendapatan kecil, tak mampu hadir ke kelas mengaji. Kebiasaan penduduk di kawasan pedalaman bekerja sendiri sebagai petani.

Walaupun banyak kelas mengaji online percuma, tetapi masih sukar untuk belajar. Ini kerana faktor di pedalaman yang susah mendapat jaringan internet.

Sudah lama masuk Islam, tetapi solat & beribadah hanya berdasarkan bacaan yang dihafaz. Apabila ditanya, mereka tidak reti mengaji bacaan yang betul.

SOLUSI: MYFUNDACTION KINI TELAH MEMBUKA LEBIH 7 PUSAT MENGAJI AN-NUR DI SELURUH SABAH!

Setelah lebih 3 tahun Pusat Mengaji An-Nur di Sabah beroperasi, kini kami sudah mempunyai lebih 500 orang pelajar di kalangan asnaf & mualaf dari pelbagai peringkat umur.

Selain daripada kelas mengaji, Pusat Mengaji An-Nur juga mengajar para pelajar:

  • Kelas Fardu Ain
  • Kelas Fardu Kifayah

LEBIH RM100K+ DIPERLUKAN SETIAP BULAN: AYUH BANTU KAMI KEKALKAN OPERASI PUSAT MENGAJI ANNUR!

Biarpun progress pusat ini sangat memberangsangkan, kos operasi untuk memastikan ketujuh-tujuh pusat ini beroperasi, sangat tinggi.

Di antara pembelanjaan yang termasuk dalam kos operasi adalah: 

  • Fasiliti pembelajaran (Al Quran, alat tulis, keperluan kelas) 
  • Gaji tenaga pengajar
  • Sewa bangunan & utiliti

Oleh itu, kami ingin mengajak anda untuk turut serta membantu kami menampung kos operasi ini.

Insya-Allah dengan bantuan anda, lebih ramai muslim di Sabah dapat dibantu untuk celik mengaji & menjadi Muslim yang lebih sempurna.

MOHON PERHATIAN!

Ada Masalah Untuk Buat Transaksi Menggunakan Billplz?

Anda boleh klik butang di bawah untuk membuat transaksi secara manual .

Atau anda boleh juga membuat transaksi bagi projek menggunakan kaedah pembayaran Stripe (debit / credit card)

Terima kasih di atas keprihatinan serta sokongan anda terhadap projek di bawah MyFundAction.

Kami memohon maaf di atas kesukaran yang dihadapi.

Kongsi Rezeki Secara Manual

[give_form id=”29758″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”onpage” continue_button_title=”Kongsi Sekarang”]

Atau

[give_form id=”29757″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Kongsi Berterusan”]

Perbankan Manual (CDM)