“Betapa Besarnya Pahala Bantu Saudara SeIslam Celik Al Quran” 

(Ayuh kongsi rezeki buat para mualaf, asnaf & penduduk pedalaman Sabah untuk terus istiqomah pandai mengaji)

[give_goal id=”29740″]


Makluman: Minimum bantuan RM50, anda layak mendapatkan potongan pelepasan cukai dengan syarat resit perlu disimpan.


Kenapa Kita Perlu Bantu Saudara Seislam Di Sabah Pandai Mengaji?

1. Besar Ganjaran Menanti Buat Mereka Yang Suka Baca Al-Quran & Mengajarkannya.

Tahukah anda, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sebaik-baik manusia adalah orang yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya”. (HR. Bukhori).

Betapa besarnya pahala menanti kita, saat memudahkan jalan ilmu saudara yang nak sangat belajar mengaji tapi masih belum berpeluang. 

Mungkin ini jalan dakwah yang Allah buka buat anda pada saudara seislam sebelum menutup mata. Wallahualam.

2. Masalah Buta Huruf Dapat Dikurangkan

Seperti kita sedia maklum, kebanyakan saudara kita di Sabah boleh menghafal ayat-ayat pendek dalam Al Quran, tapi mereka tak mampu untuk mengenal huruf yang ada dalam Al Quran.

Sungguh ia amat merugikan jika masalah ini tidak dibendung dengan segera kerana besar kemungkinan kadar celik Al Quran akan bekurangan di pendalaman Sabah.

3. Dapat Lahirkan Generasi Celik Al Quran Di Pendalaman Sabah

Al Quran merupakan panduan hidup bagi umat Islam, jadi kita disarankan untuk sentiasa menjadikan Al Quran sebagai sahabat. 

Jadi, tersangat penting buat saudara kita di Sabah untuk pandai mengaji & faham terjemahan Al Quran agar menjadi panduan untuk hidup mereka di dunia mahupun akhirat. Sekaligus pengetahuan anak-anak kecil tentang Al Quran juga dapat didedahkan awal, maka generasi cilik Al Quran juga dapat dilahirkan.

Berpendapatan kecil, tak mampu hadir ke kelas mengaji. Kebiasaan penduduk di kawasan pedalaman bekerja sendiri sebagai petani.

Walaupun banyak kelas mengaji online percuma, tetapi masih sukar untuk belajar. Ini kerana faktor di pedalaman yang susah mendapat jaringan internet.

Sudah lama masuk Islam, tetapi solat & beribadah hanya berdasarkan bacaan yang dihafaz. Apabila ditanya, mereka tidak reti mengaji bacaan yang betul.


Setelah lebih 3 tahun Pusat Mengaji An-Nur di Sabah beroperasi, kini kami sudah mempunyai lebih 500 orang pelajar di kalangan asnaf & mualaf dari pelbagai peringkat umur.

Bantu Anak Sabah Di Pusat Mengaji An-Nur Terus Mengaji Secara Percuma.

Selain daripada kelas mengaji, Pusat Mengaji An-Nur juga mengajar para pelajar:

  • Kelas Fardu Ain
  • Kelas Fardu Kifayah

Biarpun progress pusat ini sangat memberangsangkan, kos operasi untuk memastikan ketujuh-tujuh pusat ini beroperasi, sangat tinggi.

RM100K diperlukan setiap bulan untuk membiayai:

  • Fasiliti pembelajaran (Al Quran, alat tulis, keperluan kelas) 
  • Gaji tenaga pengajar
  • Sewa bangunan & utiliti

Oleh itu, kami ingin mengajak anda untuk turut serta membantu kami menampung kos operasi ini.

Insya-Allah dengan bantuan anda, lebih ramai muslim di Sabah dapat dibantu untuk celik mengaji & menjadi Muslim yang lebih sempurna.

Berikut adalah keadaan kelas mengaji yang kami jalankan:

Perbankan Manual (CDM)

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: