Akibat Serangan!

Rakyat Palestin Perlukan Pusat Perubatan Baru & Jauh Dari Gangguan Rejim Israel

(Bina pusat perubatan baru di Um Al-Khair selepas Palestin bebas dengan berwakaf)

Sasaran kempen RM2,400,0000%

Semakin Merisaukan

Serangan Israel Pada Palestin Tanpa Belas Ihsan!

(Sumber Berita Harian)
(Sumber Al Jazeera)

Sebab itu kita tak boleh terus berdiam tuan/puan. Bangkitlah untuk sokong proses pengumpulan kos pembinaan pusat perubatan ini, yang akan bermula selepas keadaan di Tebing Barat kembali aman seperti sediakala. InsyaAllah.

Kenapa Pusat Perubatan Sekitar Um Al Khair Penting?

Kesan daripada peperangan, banyak pusat perubatan di Gaza musnah.

Ia menyebabkan ramai rakyat Palestin terpaksa menahan sakit & sukar untuk dapatkan rawatan.

Paling menyedihkan, ada sebahagian daripada mereka berdepan kematian sebelum sempat dirawat.

Antara sebab lain kenapa pentingnya pusat perubatan ini perlu dibina:

1. KEKURANGAN PUSAT PERUBATAN

Akibat pergolakan yang berlaku di Palestin, banyak pusat perubatan musnah & menyebabkan saudara kita di Palestin terpaksa menunggu giliran untuk dirawat.

2. JARAK PUSAT PERUBATAN PALING DEKAT 40 KM

Bayangkan, saudara kita terpaksa menempuh perjalanan hampir 4 jam demi mendapatkan rawatan.

Ia kerana, faktor jalan yang mereka perlu lalui berbatu-batu & tidak berturap.

Paling menyedihkan, tiada kemudahan ambulan disediakan.

Mereka terpaksa menyewa kereta setiap kali ingin dapatkan rawatan walaupun dalam keadaan nak makan pun susah.

3. TERPAKSA LALUI SEKATAN DARI ISRAEL

Halangan terbesar yang terpaksa saudara kita lalui adalah sekatan dari tentera Israel.

Di mana, tentera Israel akan menyekat perjalanan & memaksa mereka untuk bertukar kereta serta perlu dapatkan pas masuk yang berbeza-beza sepanjang laluan.

Paling menyedihkan, ada di antara saudara kita ditembak secara rambang ketika melalui sekatan Israel disebabkan isu dendam & peperangan yang sedang tercetus ketika ini.

BISIKAN NETIZEN:

"Bila pembinaan hospital ini akan dibuat? Sedangkan keadaan Palestin semakin membimbangkan.."

Jangan risau, setiap wakaf anda adalah amanah besar untuk kami uruskan.

Kami faham, dengan keadaan semasa di Palestin sekarang, sememangnya tak mengizinkan untuk kami teruskan pembinaan.

Cuma untuk makluman, pembinaan hospital ini akan diteruskan semula selepas keadaan di Palestin selamat.


Bina Pusat Perubatan Baru Buat 20,000

Rakyat Palestin Sekitar Um Al Khair!

Bagi memastikan saudara Palestin mudah untuk dapatkan rawatan.

MyFundAction mengambil inisiatif hadirkan harapan baru buat mereka melalui "Projek Wakaf Pusat Perubatan Palestin".

Apa Yang Menarik Tentang Pusat Perubatan ini?

  • Beri kemudahan pada 20,000 orang penduduk di Um Al-Khair dan sekitarnya iaitu: Kampung Badui, Masafer Yatt, Irfaiya, dan Susya Atuania
  • Kedudukan pusat perubatan strategik & berdekatan dengan penduduk
  • Pusat perubatan 2 tingkat yang lengkap dengan alatan perubatan & tempat bersalin

Tapi, projek ini takkan berjaya tanpa anda..

Sebab Itulah, Kami Perlukan Sokongan Orang Ramai!

Projek pembinaan pusat perubatan ini akan berjalan secara berfasa.

Bermula Januari 2023 hingga Disember 2024.

Sasaran Keseluruhan Yang Diperlukan:
RM 2.4 Juta

Sasaran Yang Diperlukan mengikut Fasa


Tamatkan Penderitaan Saudara Palestin

Dengan Bina Pusat Perubatan Baru Yang Mempunyai Fasiliti Lengkap!

Daripada Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit"

(HR. Bukhari, 6465)

**Di antara amalan yang mudah dan pahalanya berterusan selagi dimanfaatkan adalah “WAKAF”.