[Makluman] Pendaftaran Qurban akan ditutup pada 4 Julai 2022 (11.59 PM)

  

Korban di Malaysia Hanya RM800/Bahagian. ⅓ Pek Daging Siap Masak Akan Dihantar Ke Rumah Anda

(Istimewa : Dapatkan Peluang Potongan Cukai Minimum RM50 Qurban Bersama MyFundAction)

Klik Sini Untuk Pilih Pakej Qurban

Laksanakan Ibadah Qurban Bersama MyFundAction

Qurban Care for Ummah, QC4U adalah projek yang dilaksanakan oleh MyFundAction bagi membantu pengagihan daging qurban kepada umat Islam yang memerlukan (asnaf) di dalam Malaysia dan juga luar negara.


8 Sebab Kenapa Perlu Laksanakan Qurban (QC4U) Bersama MyFundAction


✅ Dapat pemotongan cukai

✅ Proses penyembelihan dilakukan dalam keadaan bersih & tertutup di bawah kelulusan Jakim dan Jabatan Veterinar.

✅ Sebahagian daging qurban diedarkan dalam bentuk daging mentah & sebahagian lagi diproses kepada pek sedia dimakan kemudian diedar kepada asnaf & mangsa bencana.

✅ E-Sijil penyertaan disediakan.

✅ Hanya lembu gred B dengan berat hidup 230kg – 250kg dipilih dan melalui proses vaksinasi sebelum sembelihan.

✅ Pengurusan ibadah qurban yang profesional dan sistematik menggunakan teknologi retort.

✅ Gambar dan video qurban akan diberikan.

✅ Anda akan menerima 15 pek qurban sedia untuk dimakan bagi setiap bahagian pendaftaran.


INOVASI DAGING QURBAN KEPADA PEK SEDIA UNTUK DIMAKAN YANG BERSIH DAN MEMUDAHKAN


Sebahagian daging akan diagihkan kepada asnaf dalam bentuk daging mentah. Manakala sebahagiannya akan diproses kepada pek sedia untuk dimakan.

1 bahagian qurban dapat menghasilkan lebih kurang 75-60 pek daging qurban yang sedia untuk dimakan dengan berat 200 gram per pek.

Setiap peserta akan menerima semula sebanyak 15 pek bagi setiap pendaftaran 1 bahagian qurban. Manakala lebihan anggaran dalam 60 pek akan diagihkan kepada asaf atau mangsa bencana.


JOM MULAKAN IBADAH QURBAN! 


LAFAZ AKAD KORBAN:

“Saya bersetuju untuk mewakilkan MyFundAction untuk Qurban(sila sebutkan nama peserta yang ambil qurban) pada tahun ini 1443H kerana Allah Ta’ala”.

Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang telah saya masukkan di atas adalah benar dan saya akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya ada maklumat yang tidak benar.”



Tahun ini sangat istimewa kerana anda berpeluang mendapat potongan cukai apabila berurusan dengan MyFundAction.

( Minimum RM50 layak menerima potongan cukai )

Kongsi Rezeki Sempena Qurban Khas Buat Mereka Yang Tidak Berkemampuan.


“..Saya nak sangat laksanakan “Qurban” bersama MyFundAction. Tapi, saya belum mampu. Bagaimana ya?”

Kami ucapkan jutaan terima kasih atas kesucian hati anda untuk sertai qurban bersama kami.

Ya, kami sedia maklum, mungkin ada yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan ibadah qurban pada tahun ini.

Jadi, kami membuka peluang buat anda untuk “Kongsi Qurban” serendah RM50 saja.

Insya Allah, asbab dari perkongsian rezeki ini Allah akan murahkan rezeki anda agar hasrat untuk melaksanakan ibadah qurban pada tahun akan datang tercapai. Amin.

(p/s: Tiada sijil, pek daging yang akan dihantar untuk Kongsi Qurban kerana ianya hanya tertaluk kepada mereka yang mengambil bahagian daging saja.)

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: