Jom Kongsi Rezeki Dengan Golongan Asnaf & Miskin Aidiladha Ini Dengan Menyediakan Qurban Pack!


APA ITU QURBAN PACK?


Qurban pack ialah inovasi daging qurban menggunakan teknologi pembungkusan retort (teknologi basmi kuman), yang mampu bertahan selama 2 tahun dan terjamin kebersihannya. 

Ianya selamat dimakan kerana tanpa pengawet, mudah dibawa semasa misi bantuan & sedia dimakan tanpa perlu dipanaskan.


KENAPA KEMPEN QURBAN PACK INI DIBUAT?


Syukur! Tahun ini sekali lagi MyFundAction melancarkan kempen Qurban Pack di mana objektif kalini adalah untuk:

1) Bantu Golongan Asnaf Dalam & Luar Negara

Sasaran kami agar pek qurban ini dapat dikongsi kepada asnaf di Malaysia dan di beberapa negara miskin seperti Afrika, Yaman dan Syria bagi mengatasi isu kebuluran & stok makanan lama.

2) Memudahkan Agihan Kepada Mangsa Bencana

Bagi mengurangkan risiko mangsa-mangsa bencana makan makanan terdedah dan cepat basi, pek qurban ini amat membantu, di mana agihan dijalankan lebih pantas, cepat dan bersih. 

3) Elakkan pembaziran daging korban

Salah satu “the big why” pek qurban ini dilancarkan juga adalah untuk mengelakkan lambakan daging korban yang terbiar tanpa digunakan. 


Allah Merahmati Orang Yang Belanjakan Harta Ke Jalan Allah

Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya.
(Surah Al-Baqarah: 261)


BAGAIMANA QURBAN PACK DIHASILKAN?



SASARAN TAHUN INI : 245,000 QURBAN PACK PERLU DIHASILKAN


Hasrat kami pada tahun ini, adalah untuk membantu lebih ramai golongan susah dan kurang berkemampuan, untuk menikmati juadah makanan yang lebih mewah dari kebiasaan.

Tambahan, peruntukan sasaran yang besar ini adalah sebagai persediaan stok makanan untuk agihan ketika bencana atau darurat. 


LIPUTAN MEDIA



AKTIVITI-AKTIVITI AGIHAN



PAKEJ MANA SAYA PATUT AMBIL?


Kami ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian hati anda kerana membantu menjayakan misi Qurban Pack ini.

InsyaAllah, selagi mana rezeki yang anda kongsikan ini akan memberi manfaat dan didoakan beribu penerima asnaf. 

Namun, ISTIMEWA buat anda yang taja RM120 dan ke atas, anda akan menerima pek daging qurban secara PERCUMA ke rumah anda!

  • Taja 10 pack (RM120) = PERCUMA 2 qurban pack
  • Taja 20 pack (RM240) = PERCUMA 4 qurban pack
  • Taja 50 pack (RM600) = PERCUMA 10 qurban pack

Semoga niat dan hajat anda berkongsi rezeki dengan memilih pakej yang lebih besar ini dapat membantu lebih ramai asnaf dan dilimpahkan ganjaran pahala yang besar, insyaAllah. 

Makluman: Minimum bantuan RM50, anda layak mendapatkan potongan pelepasan cukai dengan syarat resit perlu disimpan.

Opt-out Dari Terima SMS

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: