Kongsi Kebahagiaan Bersama Golongan Kurang Bernasib Baik
Beri Mereka Peluang Makan Lauk Daging Walaupun Bukan Pada Hari Perayaan
(Hadiahkan pek daging siap dimasak dengan resepi istimewa serendah RM30)
“Tahniah MyFundAction….” – Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri
Kenapa Kempen Pek Daging Ini Dibuat?
1) Kongsi Nikmat Lauk Daging Bersama Golongan Kurang Bernasib Baik
2) Persediaan Bekalan Makanan Buat Mangsa Bencana Di Dalam & Luar Negara
3) Elakkan Pembaziran Daging Korban Yang Dibekukan, Anggaran Dalam 20,000 Kilogram
Ini Proses Penghasilan Pek Daging Oleh MyFundAction
Kami Memerlukan Sokongan Agar 70,000 Pek Daging Berjaya Dihasilkan!
Untuk makluman, ketika ini anggaran sebanyak 20,000 daging masih dalam fasa pembekuan sebelum ia dimakan & dipekkan untuk fasa agihan.
Jangkaan proses memasak akan dilakukan pada bulan Julai sehingga Ogos.
Manakala, fasa agihan akan dibuat pada bulan September sehingga Disember kelak.
Di Mana Pek Daging Ini Akan Diagihkan?
InsyaAllah, kami akan agihkan pek ini di seluruh Malaysia & luar negara.
Agihan luar negara akan disasarkan pada negara yang sedang bergolak & ditimpa musibah.
Manakala bagi agihan dalam negara, sasaran fasa awal akan diagihkan di negeri yang mempunyai statistik golongan asnaf yang ramai seperti di bawah:
Apa Akan jadi, Jika Kos Operasi Hasilkan Pek Ini Tak Mencukupi?
❌ Berlaku pembaziran daging
❌ Proses penghasilan pek terpaksa dihentikan
❌ Anggaran 70,000 pek daging sedia dimakan tak dapat dihasilkan
❌ Hampir 20,000 penerima manfaat tak dapat makan lauk daging
Sebab itu, sokongan anda amat diperlukan agar proses menghasilkan pek makanan ini berjalan lancar.
Sekaligus, hasrat saudara kita yang kesusahan merasai nikmat makan daging sepanjang tahun dapat direalisasikan.
“Liputan Media” Bukti Agihan Disampaikan!
Allah Merahmati Orang Yang Belanjakan Harta Ke Jalan Allah
“Bandingan (pahala) orang yang belanjakan harta pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap tangkai itu terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya.”
(Surah Al-Baqarah: 261)