“Demi Kelangsungan Hidup, Anak Ini Hanya Makan Mee Segera Sebagai Alas Perut..

(Jom, Cukupkan Bekalan Barang Dapur Mereka & Golongan Senasib)

Antara kisah golongan penerima Kotak Rezeki Ummat:

1. “Terpaksa bagi anak dekat orang lain sebab tak mampu nak jaga..” – Puan Syazlen

2. “Harga barang naik, kami tak mampu beli beras. Anak kecil pun saya bagi minum susu sejat saja..” – Puan Fatimah

3. “Ya, pak cik hidup sorang-sorang dalam rumah ni nak..” – Pak Cik Sebatang Kara


Kenapa Pentingnya Kotak Rezeki Ummat?

Hakikatnya sehingga hari ini, masih ramai keluarga di luar sana yang terpaksa mencatu makanan & ikat perut demi kelangsungan hidup.

Oleh sebab itu, tim MyFundAction mengambil inisiatif menyediakan keperluan barangan asas melalui Kotak Rezeki Ummat.

InsyaAllah, isi kotak ini mampu bertahan sehingga sebulan buat satu keluarga, di samping:

✅ Ringankan beban keluarga yang hilang punca pendapatan
✅ Mengurangkan risiko kebuluran disebabkan tiada makanan
✅ Meringankan beban ketua keluarga dalam menampung keperluan harian


Di Mana Lokasi Agihan Kotak Rezeki Ummat?

Misi asal bantuan kotak Rezeki Ummat ini adalah untuk membantu golongan penerima di seluruh negara.

Namun, lokasi agihan yang perlu kami segerakan adalah di kawasan Kedah, Kelantan dan negeri-negeri zon selatan kerana negeri tersebut merekodkan kadar kemiskinan paling kritikal di Malaysia (Sinar Harian).

*Setiap satu negeri terpilih akan diberi 1000 kotak makanan. Lebihan kotak akan diagihkan kepada negeri-negeri lain mengikut keperluan

Moga-moga dengan adanya misi seperti ini, lebih ramai asnaf dapat dibantu seterusnya mengurangkan kadar kebuluran buat rakyat miskin tegar.

“Barang siapa yang memberi makan kepada seorang Mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain,”

(Hadis Riwayat Thabrani)

Makluman: Minimum bantuan RM50, anda layak mendapatkan potongan pelepasan cukai dengan syarat resit perlu disimpan.

Platform Kongsi Rezeki berterusan dibuat untuk tuan / cik puan boleh membuat Kongsi Rezeki dengan serendah RM5 secara mingguan atau bulanan bersama kami di MyFundAction.

Bagaimana Cara Untuk Sertai?

1. Pilih jumlah yang ingin dikongsikan.
2. Pilih mahu bantu secara mingguan ataupun bulanan
3. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.

*Pemotongan berterusan ini boleh dimatikan pada bila-bila masa. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan selepas transaksi pertama selesai.

Soalan Lazim

Pemotongan akan berlaku serta merta bermula hari ini.

Tuan/puan boleh menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit. Kedua-duanya dibolehkan.

Kami menggunakan syarikat pembayaran online ‘STRIPE’ yang terbukti selamat seluruh dunia. Antara syarikat besar yang menggunakan: FashionValet, EasyStore, SoCar, Tesla, Onpay dan banyak lagi.

Ia bergantung kepada kekerapan yang tuan/puan pilih; harian, mingguan atau bulanan.

Jika tuan/puan pilih harian dengan jumlah RM5, maka bermula hari ini kad kredit/debit akan mula dipotong sehingga akhir Ramadan.

Ya, tuan/puan boleh hentikan sendiri secara sementara atau berhenti terus.

Selepas bayaran langganan kali pertama disahkan, kami akan hantar emel / Whatsapp beserta link akses ke dashboard penderma.

Cara untuk henti langganan sementara:

  1. Klik link akses ke Contributor Dashboard
  2. Pilih ‘Recurring Contribution’
  3. Boleh klik ‘Off’ pada ‘Auto Renew’ untuk henti sementara
  4. Boleh klik ‘On’ untuk sambung langganan semula

Cara untuk henti langganan terus:

  1. Klik link akses ke Contributor Dashboard
  2. Pilih ‘Recurring Contribution’
  3. Boleh klik ‘Cancel’ untuk henti terus langganan
  4. Selesai

Ya, boleh. Boleh maklumkan kepada kami melalui emel atau Whatsapp yang tuan/puan terima setelah sumbangan pertama dibuat.

Selepas pembayaran pertama dibuat, tuan/puan akan terima emel & Whatsapp untuk akses ke dashboard penderma semula bila-bila masa.

Sekiranya ada sebarang soalan, boleh hubungi tim kami di Whatsapp +60162341090 (Admin MyFundAction)