“Demi Kelangsungan Hidup, Anak Kecil Ini Hanya Makan Mee Segera Sebagai Alas Perut..”

(Hidupkan hari-hari terakhir Ramadan dengan cukupkan  stok makanan asas saudara susah & memerlukan)

Soalan Lazim

Pemotongan akan berlaku serta merta bermula hari ini.

Pemotongan akan berakhir pada 30 Ramadan secara automatik. Namun, sekiranya akan ingin meneruskan langganan, ia dibolehkan.

Tuan/puan boleh menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit. Kedua-duanya dibolehkan.

Kami menggunakan syarikat pembayaran online ‘STRIPE’ yang terbukti selamat seluruh dunia. Antara syarikat besar yang menggunakan: FashionValet, EasyStore, SoCar, Tesla, Onpay dan banyak lagi.

Ia bergantung kepada kekerapan yang tuan/puan pilih; harian, mingguan atau bulanan.

Jika tuan/puan pilih harian dengan jumlah RM5, maka bermula hari ini kad kredit/debit akan mula dipotong sehingga akhir Ramadan.

Ya, tuan/puan boleh hentikan sendiri secara sementara atau berhenti terus.

Selepas bayaran langganan kali pertama disahkan, kami akan hantar emel / Whatsapp beserta link akses ke dashboard penderma.

Cara untuk henti langganan sementara:

  1. Klik link akses ke Contributor Dashboard
  2. Pilih ‘Recurring Contribution’
  3. Boleh klik ‘Off’ pada ‘Auto Renew’ untuk henti sementara
  4. Boleh klik ‘On’ untuk sambung langganan semula

Cara untuk henti langganan terus:

  1. Klik link akses ke Contributor Dashboard
  2. Pilih ‘Recurring Contribution’
  3. Boleh klik ‘Cancel’ untuk henti terus langganan
  4. Selesai

Ya, boleh. Boleh maklumkan kepada kami melalui emel atau Whatsapp yang tuan/puan terima setelah sumbangan pertama dibuat.

Selepas pembayaran pertama dibuat, tuan/puan akan terima emel & Whatsapp untuk akses ke dashboard penderma semula bila-bila masa.

Sekiranya ada sebarang soalan, boleh hubungi tim kami di Whatsapp +60162341090 (Admin MyFundAction)


Antara kisah golongan penerima Kotak Rezeki Ummat :

1/ “Kita beli lain kali ya, mak tak cukup duit..” – Kak Lyn

Tiada ibu yang ingin biarkan anak kelaparan.

Namun, kemiskinan menguji keluarga ini apabila mereka terpaksa mengikat perut akibat tiada duit untuk membeli bekalan barang dapur dapur.

2/ “Hanya nasi berkuahkan minyak je yang akak mampu beri makan pada anak-anak..” – Kak Ros

Kak Ros diuji dengan kesusahan.

Dan kita pula, mungkin lain ujianNya, hanya tuhan saja yang tahu.

3/ “Selalu makan nasi berlauk gula, itu makanan kegemaran saya 😊” – Adik Farhan

Adik Farhan masih mampu tersenyum dan menganggap ini semua ujian Allah untuknya terus menjadi seorang insan yang bersabar.

Semoga Allah, peliharalah anak ini dari kebuluran & kesusahan 😢.


Kenapa Pentingnya Kotak Rezeki Ummat?

Hakikat hari ini, masih ramai keluarga di luar sana yang terpaksa mencatu makanan, ikat perut dan diuji dengan kesukaran hidup.

Oleh sebab itu, tim MyFundAction mengambil inisiatif menyediakan keperluan barangan asas dan melalui Kotak Rezeki Ummat.

InsyaAllah, isi kotak ini mampu bertahan sehingga sebulan buat satu keluarga, di samping:

✅ Ringankan beban keluarga yang hilang pekerjaan untuk kelangsungan hidup
✅ Persediaan bekalan makanan ketika Ramadan kelak
✅ Mengurangkan risiko kebuluran disebabkan tiada makanan
✅ Meringankan beban ketua keluarga dalam menampung keperluan harian


Di Mana Lokasi Agihan Kotak Rezeki Ummat?

Misi asal bantuan kotak Rezeki Ummat ini adalah untuk membantu golongan penerima di seluruh negara.

Namun, lokasi agihan yang perlu kami segerakan adalah di kawasan Kedah, Kelantan dan negeri-negeri zon selatan.

Berdasarkan statistik yang kami terima, negeri- negeri tersebut merekodkan kadar kemiskinan paling kritikal di Malaysia (Sinar Harian).

*****Setiap satu negeri terpilih akan diberi 1000 kotak makanan. Lebihan kotak akan diagihkan kepada negeri-negeri lain mengikut keperluan*****

Moga-moga dengan adanya misi seperti ini, lebih ramai asnaf dapat dibantu seterusnya mengurangkan kadar kebuluran buat rakyat miskin tegar.


Bagaimana Anda Boleh Menyokong Misi Ini?

Untuk menyokong, anda boleh pilih pakej di bawah:

Andai anda merasakan pakej-pakej di atas di luar kemampuan anda untuk bantu 1 keluarga, boleh pilih pakej kongsi rezeki serendah RM50 dan RM30

“Barang siapa yang memberi makan kepada seorang Mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain,”

(Hadis Riwayat Thabrani).

Tolong Asnaf Sekarang

Makluman: Minimum bantuan RM50, anda layak mendapatkan potongan pelepasan cukai dengan syarat resit perlu disimpan.

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: