” Dah lama kami tak makan nasi, hanya megi menjadi alas perut kami setiap hari.. “

Tanpa bantuan anda, anak-anak ini berisiko alami masalah kesihatan, bantut fizikal dan IQ.

Jom selamatkan mereka melalui bantuan Kotak Rezeki Ummat!

Tolong Asnaf Sekarang

Kenapa Pentingnya Kotak Rezeki Ummat?

Hakikat hari ini, masih ramai keluarga di luar sana terpaksa ikat perut & mencatu makanan asbab kesukaran hidup.

Sebab itu, MyFundAction mengambil inisiatif menyediakan keperluan barangan asas melalui Kotak Rezeki Ummat ini.

InsyaAllah, isi kotak ini mampu bertahan sehingga sebulan, di samping:

✅ Mengurangkan risiko kebuluran dikalangan asnaf
✅ Bantu keluarga yang hilang pendapatan & pekerjaan
✅ Meringankan beban ketua keluarga dalam menampung keperluan harian


Di Mana Lokasi Agihan Kotak Rezeki Ummat?

Lokasi agihan yang disasarkan adalah:

✅ Kedah
✅ Kelantan
✅ Negeri-negeri zon selatan


Ini Bukti Agihan Kotak Rezeki Ummat Yang Telah Di Sampaikan


Antara Kisah Penerima Kotak Rezeki Ummat

1. En Nasir: Bapa tunggal & anak ‘syurga’ nya

Di usia 61 tahun, En Nasir sepatutnya sudah pencen, namun beliau masih bekerja keras sebagai buruh binaan demi menampung kos rawatan anak beliau yang menghidap penyakit “Cerebral Palsy”.

Syukur, bantuan kewangan daripada orang ramai sedikit sebanyak bantu kurangkan beban En Nasir dalam memenuhi keperluan harian.

2. Puan Muliaty : Ibu tunggal kepada 4 orang anak

Selepas suaminya disahkan menghidap sakit mental, Puan Muliaty dari Sabah ini bergelut seorang diri menjadi ketua keluarga buat 4 orang anak kecilnya.

Kehidupan kian mencabar apabila beliau sendiri tidak dapat keluar mencari rezeki disebabkan menjaga anak-anak yang masih kecil dan bapa yang sedang lumpuh.

3. Kisah nenek yang kelaparan

Tersentuh hati kami saat mengagihkan bantuan kotak makanan kepada nenek tua ini di perkampungan Sabah.

Ternyata, beliau menanti-nanti bantuan yang dihulurkan asbab tiada duit untuk membeli barangan keperluan asas.


KONGSI REZEKI & KASIH SAYANG BERSAMA KAMI

Semoga atas sokongan kita bersama, misi “Kotak Rezeki Ummat” ini dapat dibuat secara berterusan agar nasib para asnaf dapat dibela & masalah kebuluran dapat dikurangkan. Amin YRA.

Makluman: Minimum bantuan RM50, anda layak mendapatkan potongan pelepasan cukai dengan syarat resit perlu disimpan.

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: