KRISIS EKONOMI MAKIN PARAH, AYUH BANTU ASNAF YANG MEMERLUKAN SAMBIL RINGANKAN BEBAN MEREKA.

Ayuh hapuskan kemiskinan negara melalui bantuan Kotak Rezeki Ummat serendah RM30!

Tolong Asnaf Sekarang

“Kami Ternanti-nanti Kotak Makanan Sampai…”

Setiap kali turun misi, kami menemui ramai masyarakat miskin yang dihimpit kesusahan.

Sehinggakan tiada pilihan lain selain berlapar atau pun makan makanan kosong seperti garam atau gula.


Antara kisah golongan penerima Kotak Rezeki Ummat;

1/ Puan Muliaty : Ibu tunggal kepada 4 orang anak

Selepas suaminya disahkan menghidap sakit mental, Puan Muliaty dari Sabah ini bergelut seorang diri menjadi ketua keluarga buat 4 orang anak kecilnya.

Kehidupan kian mencabar apabila beliau sendiri tidak dapat keluar mencari rezeki disebabkan menjaga anak-anak yang masih kecil dan bapa yang sedang lumpuh.

2/ Kisah nenek yang kelaparan

Tersentuh hati kami saat mengagihkan bantuan kotak makanan kepada nenek tua ini di perkampungan Sabah.

Ternyata, beliau menanti-nanti bantuan yang dihulurkan asbab tiada duit untuk membeli barangan keperluan asas.

3/ En Nasir: Bapa tunggal & anak ‘syurga’ nya

Di usia 61 tahun, En Nasir sepatutnya sudah pencen, namun beliau masih bekerja keras sebagai buruh binaan demi menampung kos rawatan anak beliau yang menghidap penyakit “Cerebral Palsy”.

Syukur, bantuan kewangan daripada orang ramai sedikit sebanyak bantu kurangkan beban En Nasir dalam memenuhi keperluan asas harian.


Kenapa Pentingnya Kotak Rezeki Ummat?

Hakikat hari ini, masih ramai keluarga di luar sana yang terpaksa mencatu makanan, ikat perut dan diuji dengan kesukaran hidup.

Oleh sebab itu, tim MyFundAction mengambil inisiatif menyediakan keperluan barangan asas dan melalui Kotak Rezeki Ummat.

InsyaAllah, isi kotak ini mampu bertahan sehingga sebulan, di samping:

✅ Bantu keluarga yang hilang pekerjaan wang untuk kelangsungan hidup
✅ Mengurangkan risiko kebuluran disebabkan tiada makanan
✅ Meringankan beban ketua keluarga dalam menampung keperluan harian
✅ Memudahkan urusan penyimpanan barang makanan tanpa sebarang kos


Di Mana Lokasi Agihan Kotak Rezeki Ummat?

Misi asal bantuan kotak Rezeki Ummat ini adalah untuk membantu golongan penerima di seluruh negara.

Namun, lokasi agihan yang perlu kami segerakan adalah di kawasan Kedah, Kelantan dan negeri-negeri zon selatan.

Berdasarkan statistik yang kami terima, negeri- negeri tersebut merekodkan kadar kemiskinan paling kritikal di Malaysia (Sinar Harian).

*****Setiap satu negeri terpilih akan diberi 1000 kotak makanan. Lebihan kotak akan diagihkan kepada negeri-negeri lain mengikut keperluan*****

Moga-moga dengan adanya misi seperti ini, lebih ramai asnaf dapat dibantu seterusnya mengurangkan kadar kebuluran buat rakyat miskin tegar.


Bagaimana Anda Boleh Menyokong Misi Ini?

Untuk menyokong, anda boleh pilih pakej di bawah:

Andai anda merasakan pakej-pakej di atas di luar kemampuan anda untuk bantu 1 keluarga, boleh pilih pakej kongsi rezeki serendah RM50 dan RM30


“Barang siapa yang memberi makan kepada seorang Mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain,”

(Hadis Riwayat Thabrani).


Makluman: Minimum bantuan RM50, anda layak mendapatkan potongan pelepasan cukai dengan syarat resit perlu disimpan.

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: