Bantu Asnaf Yang Hidup Serba Daif & Memerlukan:

Andai mereka diuji dengan kesusahan, kita diuji dengan keprihatinan untuk membantu. Ayuh, pilihlah untuk berkongsi rezeki kerana masih ramai yang memerlukannya.

Renungkanlah amaran terhadap 2 golongan yang mendustakan agama di dalam Surah Al-Ma’un ayat 1-3:

Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

Biarpun Kuat Berusaha, Setiap Orang Berbeza-beza

Tiada yang memilih untuk hidup susah. Akan tetapi mereka adalah insan yang terpilih untuk diuji sedemikian rupa.

Biarpun perit, hidup mereka tetap perlu diteruskan.

Anak-anak di rumah tetap perlu diberi makan.

Sewa rumah, keperluan keluarga perlu diadakan.

Berkongsi Rezeki: Semoga Allah SWT Lindungi Kita Dari Kemiskinan

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”

(HR Muslim)

Bantuan Rezeki Ummat Terus Bersedia Untuk Membantu Mereka Bangkit Kembali!

Sehingga hari ini, kami masih menerima mesej & panggilan dari mereka yang memerlukan bantuan keperluan asas Rezeki Ummat.

Bagi anda yang menyokong program Rezeki Ummat, dana terkumpul akan digunakan untuk menyediakan:

  • Bantuan bekalan makanan asas (beras, gula, tepung & dll)
  • Bantuan keperluan bayi (pampers & susu anak)

**Anggaran kos untuk bantuan 1 keluarga : RM 110/keluarga

Golongan asnaf, peniaga kecil dan golongan yang terjejas pendapatan asbab bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh akan menjadi fokus utama untuk bantuan Rezeki Ummat ini.

InsyaAllah, dengan adanya bantuan Rezeki Ummat ini, stok makanan mereka selama 2 minggu untuk 5 orang anggota keluarga akan terisi!

Ayuh Hulurkan Bantuan Buat Mereka Yang Sedang Diuji

Anda boleh pilih pakej di bawah untuk taja bantuan buat keluarga yang dibantu melalui program Rezeki Ummat.

✅ PAKEJ 1 – Bantu 5 keluarga: RM550
✅ PAKEJ 2 – Bantu 3 keluarga: RM330
✅ PAKEJ 3 – Bantu 1 keluarga: RM110
✅ PAKEJ 4 – Kongsi Rezeki: RM50
✅ PAKEJ 5 – Kongsi Rezeki: RM30

Andai anda merasakan pakej-pakej di atas di luar kemampuan anda untuk bantu 1 keluarga, boleh pilih pakej kongsi rezeki serendah RM50 dan RM30.

MOHON PERHATIAN!

Ada Masalah Untuk Buat Transaksi Menggunakan Billplz?

Anda boleh klik butang di bawah untuk membuat transaksi secara manual .

Atau anda boleh juga membuat transaksi bagi projek menggunakan kaedah pembayaran Stripe (debit / credit card)

Terima kasih di atas keprihatinan serta sokongan anda terhadap projek di bawah MyFundAction.

Kami memohon maaf di atas kesukaran yang dihadapi.

Kongsi Rezeki Secara Manual

[give_form id=”1601″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”onpage” continue_button_title=”Bantu Sekarang”]

Atau

[give_form id=”1604″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Kongsi Berterusan”]

Perbankan Manual (CDM)