Allah Beri Kita Senang, Untuk Kita Ringankan Beban Mereka Yang Susah

Ayuh berkongsi rezeki bantu mereka yang dilanda kesempitan hidup. Bantuan anda besar nilainya buat mereka.

[give_form id=”1601″ show_title=”false” show_goal=”true” show_content=”false” display_style=”modal” continue_button_title=”Bantu Sekarang”]

[give_form id=”1604″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”modal” continue_button_title=”Kongsi Setiap Jumaat”]

Perbankan Manual (CDM)

Allah SWT berfirman di dalam Surah Az-Zukhruf, ayat 32: 

Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.

Dalam hidup bermasyarakat, Allah SWT telah menetapkan bahawa ada yang kaya dan ada yang miskin. Itulah lumrah kehidupan.

Perbezaan diciptakan supaya kita dapat saling membantu antara satu sama lain.

Sama ada kita sedar atau tidak, hakikatnya, masih ramai lagi yang:

  • Makan mi segera kerana ketiadaan lauk
  • Makan nasi berlaukkan garam
  • Ingin kembali berniaga tetapi kehabisan modal
  • Memohon untuk bekerja tapi ditolak berkali-kali

Berkongsi Rezeki: Semoga Allah SWT Lindungi Kita Dari Kemiskinan

Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.

(HR Muslim)


Biarpun Kuat Berusaha, Setiap Orang Rezeki Berbeza-beza.

Di saat Allah murahkan rezeki kita, jangan lupa untuk berkongsi rezeki yang kita ada untuk membantu mereka yang memerlukan.

Anak-anak di rumah tetap perlu diberi makan.

Sewa rumah, keperluan keluarga perlu diadakan.

Bantuan Rezeki Ummat Terus Bersedia Menyantuni Mereka Yang Hidup Susah!

Sehingga hari ini, kami masih menerima mesej & panggilan dari mereka yang memerlukan bantuan keperluan asas Rezeki Ummat.

Bagi anda yang menyokong program Rezeki Ummat, dana terkumpul akan digunakan untuk menyediakan:

  • Bantuan bekalan makanan asas (beras, gula, tepung & dll)
  • Bantuan keperluan bayi (pampers & susu anak)
  • **Anggaran kos untuk bantuan 1 keluarga : RM 140/keluarga

InsyaAllah dengan adanya bantuan Rezeki Ummat ini, dapatlah kita ringankan beban mereka yang sedang diuji dengan masalah kewangan untuk bangkit kembali!

Ayuh Hulurkan Bantuan Buat Mereka Yang Sedang Diuji

Anda boleh pilih pakej di bawah untuk taja bantuan buat keluarga yang dibantu melalui program Rezeki Ummat.

Pakej 1 : RM 140 (Bantu 1 Keluarga)
Pakej 2 : RM 420 (Bantu 3 Keluarga)
Pakej 3 : RM 700 (Bantu 5 Keluarga)
Pakej 4: RM 1400 (Bantu 10 keluarga)
Bantuan Seikhlas Hati – RM 30

Kongsi Kebaikan Juga Satu Pahala

Bantu kami sebarkan peluang kebaikan ini buat kenalan tuan/puan hanya dengan klik mana-mana button ni bawah.

Semoga usaha ini dijadikan asbab orang lain untuk berkongsi & beri manfaat kepada masyarakat di luar sana juga.

[give_goal id=”1601″]

[give_form id=”1601″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Bantu Sekarang”]

[give_form id=”1604″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Kongsi Setiap Jumaat”]

Perbankan Manual (CDM)