Ini Perjuangan Buat Anak Yaman:

#Terkini: Hampir 400 Ribu Anak Yaman Berisiko Maut & Berterusan Menderita Akibat Kekurangan Nutrisi. Taja Susu Formula Hanya RM47/Setin

[give_goal id=”42319″]


KEADAAN YAMAN SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

Tahukah anda, menurut UNICEF, 400,000 kanak-kanak bawah 5 tahun menghadapi SEVERE ACUTE MALNUTRITION (SAM) dan 30,000 kanak-kanak bawah 5 tahun MATI setiap tahun disebabkan kekurangan zat.

Bayangkan tuan puan, pada umur yang begitu muda, anak-anak di Yaman terpaksa kebuluran atas keadaan negara mereka yang darurat.

Di mana ibu mereka?

Ibu mereka ada. Cuma mereka tak mampu tuan puan. Susu badan si ibu kering kerana sudah lama tidak menjamah makanan.

Bila ada rezeki bantuan sampai, dapatlah mereka bekalan makanan, jika tidak ada, maka air hujan itulah diteguk untuk meneruskan hidup.


ANAK YAMAN TERLALU KURUS, NAMPAK RANGKA TULANG

Kami rasa berdosa tuan puan. Anak kita di Malaysia sihat walafiat, cukup makan minum.

Tetapi anak-anak di Yaman, saudara Muslim kita di sana menderita sakit.  Sehinggakan..

  • Ada yang terlalu kurus hingga nampak tulang rusuk.
  • Ada yang terbantut menyebabkan tubuh mereka sangat kecil dari usia.
  • Ada juga yang tak mampu bertahan dan berakhir dengan kematian dek kebuluran.

BEKALAN SUSU FORMULA BUAT KANAK-KANAK YAMAN DIPERLUKAN

Atas tanggungjawab sesama Muslim, kami mengambil inisiatif untuk beri bantuan bekalan susu formula buat kanak-kanak di Yaman.

Kami sasarkan seramai 500 kanak-kanak akan menerima bantuan nutrisi susu formula ini selama 2 bulan.

  • 1 kanak-kanak = 8 tin susu sebulan
  • Satu tin susu RM 47 x 8 tin = RM 376

8000 tin susu dengan anggaran kos RM376,000 diperlukan sepanjang 2 bulan ini.

InsyaAllah selepas dua bulan, kami akan melihat perkembangan kesihatan anak-anak yang menerima susu bantuan ini untuk  menyediakan keperluan nutrisi susulan buat mereka.


KE MANA SUSU FORMULA INI AKAN DIAGIHKAN?

Setiap bantuan susu yang anda taja akan disalurkan ke kem-kem pelarian sekitar Yaman.

InsyaAllah semoga dengan bantuan anda, anak-anak di Yaman ini dapat bekalan nutrisi yang “hilang” untuk tumbesaran mereka.


Di Antara Agihan Susu Formula Yang Telah Disampaikan

Allah Paling Suka Manusia Yang Bermanfaat Pada Orang Lain

Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud,

“Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.” 

(Hadis riwayat at-Thabrani)

Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah. 

Bank :  Maybank
Nama :  Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No akaun :  5505 1097 0218
Reference : “Susu Yaman”

Perbankan Manual (CDM)

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: