Saudara Afrika Tiada Al Quran & Terpaksa Ceraikan Helaian Al Quran Untuk Dibaca Secara Berkongsi.
(Ayuh, wakafkan Al Quran buat saudara Afrika agar setiap bacaan & amalan mereka menjadi ladang pahala buat anda)
Kenapa Pentingnya Program Wakaf Al Quran ini Buat Muslim di Afrika?
Di setiap negara minoriti Muslim seperti Afrika, peluang untuk mereka kenal & mendalami Islam sangat terhad. Lagi-lagi untuk mereka mempunyai naskah Al Quran sendiri.
Kebanyakan Muslim Afrika Tiada Al Quran Sendiri
Ketika ini, banyak saudara kita termasuk anak-anak tahfiz di Afrika, mereka tidak mempunyai Al Quran sendiri.
Mereka terpaksa ceraikan helaian Al Quran hanya kerana mereka tak mampu beli Al Quran disebabkan kedaifan hidup.
Fokus Mendalami Al Quran Terganggu Kerana Terpaksa Berkongsi
Siapa sangka, demi mendalami Al Quran, saudara kita di Afrika terpaksa berkongsi naskah & menulis ayat Al Quran di atas papan kayu.
Bayangkan, jika perkara ini berterusan, tak mustahil ada di antara mereka yang patah semangat atas cabaran yang mereka hadapi.
Generasi Muda Celik Al Quran Dalam Benua Afrika Semakin Susut
Tanpa Al Quran, agak sukar bagi kami untuk meneruskan dakwah di benua Afrika.
Ingin Bersama Kami Agihkan Al Quran buat Muslim Afrika?
Untuk anda yang berminat sertai agihan Al Quran di benua Afrika ini, berikut adalah sasaran yang kami perlukan:
Sasaran Bulanan:
RM 100,000
Berikut pula adalah kawasan agihan Al Quran di sekitar benua Afrika:
Sesungguhnya, wakaf anda sangat bermakna buat saudara kita di sekitar benua Afrika ini. Semoga impian mereka untuk mempunyai Al Quran sendiri akan tercapai tidak lama lagi, melalui projek wakaf Al Quran Afrika ini. Amin.
(Disclaimer: Kawasan edaran bergantung kepada cadangan penduduk setempat atau PIC MyFundAction di Afrika)
Ini Bukti Edaran Al Quran Yang Telah Di Sampaikan
Apa Kelebihan Sertai Wakaf Al Quran Di Afrika Bersama MyFundAction?
1. MyFundAction merupakan NGO yang berdaftar (PPM-006-14-07052014) jadi tiada keraguan sekiranya wakaf anda tidak disampaikan.
2. Ini peluang buat anda kumpul saham akhirat tanpa rugi sambil berdakwah di benua Afrika.
Sekaligus boleh daftarkan wakaf atas nama mak ayah, isteri, keluarga & sahabat terdekat.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid, ayat 18:
“Sesungguhnya orang yang berwakaf baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjaran) kepada mereka dan pahala yang banyak.”
3. Wakaf anda pada hari ini akan membantu pada projek rantaian MyFundAction akan datang iaitu projek pembinaan masjid & madrasah di Afrika.
Usaha bersama ini dapat memudahkan saudara Afrika belajar Al Quran & mendalami Islam. InsyaAllah.
Bagaimana Cara Anda Boleh Berwakaf?
Tuan/puan boleh pilih pakej wakaf di bawah & isi borang untuk teruskan proses berwakaf.
NOTA PENTING
✅ Sekiranya anda pilih pakej ‘Kongsi Rezeki’, anda HANYA perlu isi ruang kosong bahagian Nama, No. Tel dan Emel sahaja.
(P/s: Hasil dari pakej “Kongsi Rezeki” ini akan digunakan untuk cukupkan sasaran Al Quran yang diperlukan. Namun, tiada nama pewakaf akan disenaraikan dalam list pewakaf kempen ini.)
Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: