Wajib Ambil Peluang Ini Walau Sekali Seumur Hidup!

(Ayuh, wakaf Al Quran sempena Ramadan buat saudara Afrika agar setiap bacaan & amalan mereka jadi ladang pahala buat anda)

Soalan Lazim

Pemotongan akan berlaku serta merta bermula hari ini.

Pemotongan akan berakhir pada 30 Ramadan secara automatik. Namun, sekiranya akan ingin meneruskan langganan, ia dibolehkan.

Tuan/puan boleh menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit. Kedua-duanya dibolehkan.

Kami menggunakan syarikat pembayaran online ‘STRIPE’ yang terbukti selamat seluruh dunia. Antara syarikat besar yang menggunakan: FashionValet, EasyStore, SoCar, Tesla, Onpay dan banyak lagi.

Ia bergantung kepada kekerapan yang tuan/puan pilih; harian, mingguan atau bulanan.

Jika tuan/puan pilih harian dengan jumlah RM5, maka bermula hari ini kad kredit/debit akan mula dipotong sehingga akhir Ramadan.

Ya, tuan/puan boleh hentikan sendiri secara sementara atau berhenti terus.

Selepas bayaran langganan kali pertama disahkan, kami akan hantar emel / Whatsapp beserta link akses ke dashboard penderma.

Cara untuk henti langganan sementara:

  1. Klik link akses ke Contributor Dashboard
  2. Pilih ‘Recurring Contribution’
  3. Boleh klik ‘Off’ pada ‘Auto Renew’ untuk henti sementara
  4. Boleh klik ‘On’ untuk sambung langganan semula

Cara untuk henti langganan terus:

  1. Klik link akses ke Contributor Dashboard
  2. Pilih ‘Recurring Contribution’
  3. Boleh klik ‘Cancel’ untuk henti terus langganan
  4. Selesai

Ya, boleh. Boleh maklumkan kepada kami melalui emel atau Whatsapp yang tuan/puan terima setelah sumbangan pertama dibuat.

Selepas pembayaran pertama dibuat, tuan/puan akan terima emel & Whatsapp untuk akses ke dashboard penderma semula bila-bila masa.

Sekiranya ada sebarang soalan, boleh hubungi tim kami di Whatsapp +60162341090 (Admin MyFundAction)


Kenapa Pentingnya Program Wakaf Al Quran ini Buat Muslim di Afrika?


Di setiap negara minoriti Muslim seperti Afrika, peluang untuk mereka kenal & mendalami Islam sangat terhad. Lagi-lagi untuk mereka mempunyai naskah Al Quran sendiri.

Kebanyakan Muslim Afrika Tak Mampu Beli Al Quran Sendiri

Ketika ini, banyak saudara kita termasuk anak-anak tahfiz di Afrika, masih tak mampu untuk membeli Al Quran sendiri asbab kedaifan hidup.

Jangankan nak beli Al Quran, bahkan nak makan pun susah.

Sebab itu, mereka terpaksa ceraikan helaian Al Quran agar setiap orang dapat membaca & menghafaz Al Quran bersama-sama.

Fokus Mendalami Al Quran Terganggu Kerana Terpaksa Berkongsi

Siapa sangka, demi mendalami Al Quran, saudara kita di Afrika terpaksa berkongsi naskah & menulis ayat Al Quran di atas papan kayu.

Bayangkan, jika perkara ini berterusan, tak mustahil ada di antara mereka yang patah semangat atas cabaran yang mereka hadapi.

Generasi Muda Celik Al Quran Dalam Benua Afrika Semakin Susut

Tanpa Al Quran, agak sukar bagi kami untuk meneruskan dakwah di benua Afrika.

Ia akan menjadi satu kerugian jika usaha ini tak dapat lahirkan generasi celik Al Quran di masa akan datang.


Ingin Bersama Kami Agihkan Al Quran buat Muslim Afrika?


Untuk anda yang berminat sertai agihan Al Quran di benua Afrika ini, berikut adalah sasaran yang kami perlukan:

Sasaran Bulanan:

RM 100,000

Berikut pula adalah kawasan agihan Al Quran di sekitar benua Afrika:

  • Egypt
  • Malawi
  • Mali
  • Nigeria
  • Chad
  • Burkina Faso

Sesungguhnya, wakaf anda sangat bermakna buat saudara kita di sekitar benua Afrika ini. Semoga impian mereka untuk mempunyai Al Quran sendiri akan tercapai tidak lama lagi, melalui projek wakaf Al Quran Afrika ini. Amin.

(Disclaimer: Kawasan edaran bergantung kepada cadangan penduduk setempat atau PIC MyFundAction di Afrika)


Ini Bukti Edaran Al Quran Yang Telah Di Sampaikan



Apa Kelebihan Sertai Wakaf Al Quran Di Afrika Bersama MyFundAction?


1. MyFundAction merupakan NGO yang berdaftar (PPM-006-14-07052014) jadi tiada keraguan sekiranya wakaf anda tidak disampaikan.

2. Ini peluang buat anda kumpul saham akhirat tanpa rugi sambil berdakwah di benua Afrika. 

Sekaligus boleh daftarkan wakaf atas nama mak ayah, isteri, keluarga & sahabat terdekat.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid, ayat 18:

“Sesungguhnya orang yang berwakaf baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjaran) kepada mereka dan pahala yang banyak.”

3. Wakaf anda pada hari ini akan membantu pada projek rantaian MyFundAction akan datang iaitu projek pembinaan masjid & madrasah di Afrika.

Usaha bersama ini dapat memudahkan saudara Afrika belajar Al Quran & mendalami Islam. InsyaAllah.


Bagaimana Cara Anda Boleh Berwakaf?


Tuan/puan boleh pilih pakej wakaf di bawah & isi borang untuk teruskan proses berwakaf.

NOTA PENTING

✅ Sekiranya anda pilih pakej ‘Kongsi Rezeki’, anda HANYA perlu isi ruang kosong bahagian Nama, No. Tel dan Emel sahaja.

(P/s: Hasil dari pakej “Kongsi Rezeki” ini akan digunakan untuk cukupkan sasaran Al Quran yang diperlukan. Namun, tiada nama pewakaf akan disenaraikan dalam list pewakaf kempen ini.)

Klik Sini Untuk Pilih Pakej Wakaf

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Sokong kami dengan kongsikan kempen ini kepada kenalan anda melalui: