Sokong Dakwah Ramadan Buat Anak Muslim Afrika:
Hadiahkan Al Quran Baru buat Anak Muslim Afrika Dengan Berwakaf Ramadan ini.
(Hanya wakaf serendah RM50/Senaskah, Sudah Pasti Setiap Bacaan Mereka Menjadi Saham Akhirat Buat Kita Kelak)
Permintaan Si Mati Jika Diberi Kesempatan Kembali Ke Dunia
Di dalam surah Al-Munafiqun ayat 10 ada menyebut:
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata :
Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh”
Hakikat Muslim Afrika Mengenal Islam
Di negara yang minoriti Muslim seperti Afrika, nak kenal Islam peluangnya terhad tuan puan.
Kebanyakannya mereka tak mampu nak menampung kos ke sekolah mahupun untuk membeli sebuah buku kosong dan sebatang pensil.
Sedangkan lihat sendiri beg sekolah anak kita, penuh dengan buku dan alat tulis yang elok, cantik-cantik, bertuahnya kita di Malaysia ni Allah kayakan nikmat tuan puan.
10 Orang Bergilir-gilir Kongsi Senaskah Quran
Di rumah, kami pasti anda mempunyai senaskah Quran mahupun lebih untuk kegunaan peribadi, betul?
Tetapi buat saudara kita di Afrika, nak baca Quran pun perlu bergilir-gilir sehingga 10 orang/senaskah kerana jumlah Quran yang ada begitu terhad.
Tetapi itulah keadaan anak-anak Muslim Afrika di madrasah-madrasah di sana.
Selalunya apabila sampai giliran mereka, cepat-cepat dicatat kalimah suci Quran diatas papan kayu sambil menghafaz surah tersebut.
Oleh itu, tim MyFundAction ingin mengambil peluang ini untuk kita di Malaysia berwakaf salurkan naskah Quran buat anak-anak Muslim di Afrika.
10 Orang Bergilir-gilir Kongsi Senaskah Quran
Serendah RM 50/senaskah, anda boleh memilih pakej wakaf di ruangan di bawah dan tim MyFundAction akan memproses dan salurkan wakaf Quran anda kepada madrasah-madrasah di sekitar Central Afrika.
Lebih 30 madrasah di sekitar Afrika Tengah (Chad , Malawi , Kenya , Cameroon , Niger , Ivory Coast) disasarkan akan menerima naskah Quran baru ini hasil wakaf anda.
Berapa Jumlah Naskah Quran Diperlukan?
Setakat ini kami sasarkan untuk mengagihkan sebanyak 2,000 naskah setiap bulan.
Untuk 2000 naskah, jumlah kos yang diperlukan adalah sebanyak RM 100,000 sebulan.
Hadiahkan Pahala Wakaf Buat Ibu Bapa & Kenalan Kita
Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:
Kebaikan berwakaf ini ada diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas RA, bahwa ketika ibu Saad bin Ubadah meninggal dunia, Saad tidak ada di rumah, lalu ia datang kepada Nabi Muhammad Sollahua’laihi wasallam untuk bertanya…
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dan ketika itu, aku tidak ada, apakah jika saya bersedekah untuknya bermanfaat baginya”?
Rasullullah SAW menjawab, “Ya”.
Saad berkata: “Saksikanlah bahwa kebunku yang banyak buahnya aku sedekahkan untuknya”. (HR.Bukhari)
Ternyata walaupun orang tua dah pergi meninggalkan kita, kita masih punya satu lagi peluang untuk berbakti kepada mereka.
Bagaimana Nak Berwakaf?
Anda boleh pilih pakej ikut kemampuan:
✅ WAKAF A (10 NASKAH) = RM 500
✅ WAKAF B (6 NASKAH) = RM300 (PALING RAMAI)
✅ WAKAF C (3 NASKAH)= RM150
✅ WAKAF D (1 NASKAH) = RM50
Kami doakan selagi mana Quran ini dibaca, dihafaz, dikongsi ilmunya kepada anak Afrika lain, selagi itu dicatat pahala buat anda yang sama-sama berwakaf. Aamin YRA.
Nota Penting: Akad Wakaf
Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:
“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan naskah Quran baru buat saudara Muslim di Afrika yang dikelola oleh MyFundAction”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.
[give_form id=”28536″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”onpage” continue_button_title=”Wakaf Sekarang”]
Atau
[give_form id=”28537″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”false” display_style=”button” continue_button_title=”Wakaf Berterusan”]